Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Tahniah! Dr Say Shazril Bakal Timang Cahaya Mata

by Khai Azfar
October 18, 2018
Share on Facebook

Tahun lalu, kami pernah memuat naik artikel mengenai figura ini sehingga tular di media sosial. Pelbagai gelaran telah diberikan padanya. Namakan sahaja seperti doktor sado, doktor handsome, doktor selebriti segala-galanya diterima dengan positif oleh Dr Say Shazril atau nama sebenarnya Shazril Shaharuddin.

Alami Masalah Kesuburan

Siapa sangka, di sebalik wajahnya yang ceria dan turut menghiasi pelbagai iklan komersial, Dr Say baru-baru ini turut berkongsi permasalahan kesihatan tubuh badannya. Menerusi Instagram nya, dia mengaku bahawa dia mengalami masalah kesuburan iaitu penyakit Teratozoospermia yang menjadi punca mengapa isterinya turut sukar untuk mengandung selama empat tahun mereka berkahwin.

View this post on Instagram

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Tanpa memikirkan perasaan malu, Dr. Say berkongsi antara punca mengapa masalah tersebut. Baginya perasaan malu tersebut tidak menjadi masalah utama kerana niatnya hanyalah ingin memberi kesedaran pada orang ramai mengenai gaya dan rutin hidup sihat.

Bakal Bergelar Bapa

Nekad untuk turut mengubah gaya hidupnya, siapa sangka usaha yang dilakukannya hampir tiga bulan selama ini ternyata berhasil apabila tidak lama lagi dia bakal bergelar seorang bapa. Kongsinya lagi di laman Instagram, ‘kejayaan’ tersebut diperolehi atas usahanya yang cuba mengubah rutin hidup.

View this post on Instagram

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Lebih manis, berita gembira itu turut diterima pada hari kelahirannya yang ke 30. Tahniah diucapkan buat Dr Say Shazril dan isteri! Semoga lebih banyak lagi tips bermanfaat dapat dikongsikan bersama pengikut-pengikut di media sosial.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Dr Say Shazril
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  2. 2

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  3. 3

    Nourul Beri Pesanan Terbuka Buat Noor Azizah- “Mudah Bercakap Bila Sudah Selamat”

  4. 4

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  5. 5

    Aisar Khaled Mahu Bantu Pembantu Rumah Dera Anak Majikan, Wak Doyok Beri Pesanan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara