Jika sebelum ini, pelakon Scha Al-Yahya dan Bella Dally mendapat respon dari netizen berhubung isu pakaian jenis berwarna kulit itu, kini giliran pelakon Liyana Jasmay pula.
Pelakon ‘Kami The Movie’ itu yang tampil berhijab pada Julai tahun lepas telah memuatnaik sekeping gambar dimana dia mengenakan sweater berwarna merah jambu dan seluar legging berwarna coklat gelap.
Namun, gambar tersebut telah mendapat respon dari netizen yang memberi fokus pada bahagian kakinya itu. Dalam pada itu, ada juga netizen yang memuji kecomelan heroin filem ‘Papadom’ itu.
Bagi pendapat murai.my, wanita berhijab tidak semestinya tidak boleh berfesyen. Terpulang kepada individu untuk berfesyen tetapi perlu mengikut syariat islam iaitu menutup aurat.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.