Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

Inilah Profil Bhavye Suneja, Juruterbang Lion Air Yang Sempat Minta Patah Balik

by Phic ARMAN
October 29, 2018
Share on Facebook

Berita pesawat Lion Air dengan nombor penerbangan JT610 yang terhempas di perairan Karawang, Jawa Barat, Indonesia telah membuatkan seluruh rakyat Indonesia dan Malaysia bersedih. Segala maklumat tentang jatuhnya pesawat ini telah menjadi tular di media sosial.

Pesawat ini telah dikemudi oleh Kapten Bhavye Suneja iaitu juruterbang yang sudah memiliki lebih dari 6,000 jam penerbangan. Dipetik dari laporan MSN.com.id, juruterbang ini dikhabarkan sempat meminta pesawat untuk kembali ke Lapangan Terbang sebelum terputus hubungan.

Berasal Dari India

Dari namanya sudah diketahui juruterbang ini bukanlah orang Indonesia. Beliau sememangnya berasal dari New Delhi, India. Bhavye diketahui telah bekerja sebagai juruterbang  untuk pesawat Lion Air selama lebih 7 tahun sejak Mac 2011.

Sebelum bekerja di Lion Air, Bhavye mengikuti pengajian penerbangan di Emirates. Di sana Bhavye menjadi pelatih juruterbang Boeing 737NG selama empat bulan, sejak September hingga Desember 2010.

Bhavye meneruskan pengajiannya di Ahlcon Public School, India pada 1990-2005. Setelah itu dia melanjutkan pengajiannya di Bel Air International, California sejak tahun 2007 hingga 2009.

Sayang Isteri

Terlihat dari gambar-gambar yang sering dimuat naik di Facebook, Bhavye adalah seorang suami yang sangat mencintai isterinya. Ada beberapa gambar mesra dengan isterinya yang bernama Garima Sethi. Pasangan ini baru menikah pada 19 Julai 2016 yang lalu.

Seperti disebutkan sebelumnya, Bhavye sempat meminta pesawat yang dikemudikannya untuk berpatah balik ke lapangan terbang semula. Hal tersebut terjadi sesaat sebelum pesawat yang berisi 188 penumpang itu terputus hubungan selama lebih tiga jam. Namun sebelum sampai di lapangan terbang, ternyata pesawat tersebut sudah hilang dari radar.

Sampai sekarang belum ada khabar tentang kondisi juruterbang ini. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat mangsa yang terlibat.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Bhavye Sunejalion air
https://lomp.at/rjcch
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem