Tuesday, June 24, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Biar Betul! 6 Selebriti Hollywood Ini Pernah Berhubungan Seks Dalam Pesawat

by Phic ARMAN
October 31, 2018
366
KONGSIAN
Share on Facebook

Melihat kepada masyarakat di dunia Barat, seperti Amerika Syarikat, kadang-kadang kita akan dengar akan hal-hal yang mencengangkan. Salah satunya berkaitan dengan hubungan seks sebelum pernikahan yang sering diamalkan di kalangan selebriti.

Jadi,  jangan pelik jika beberapa artis Hollywood ini secara berani berterus-terang mendedahkan kehidupan seksual mereka. Bahkan, mereka sendiri tak rasa malu-malu untuk menceritakan momen-momen unik ketika berhubungan seks dengan pasangan.

Salah satu hal yang jarang-jarang kita dengar pernah disampaikan oleh para selebriti Hollywood adalah saat mereka berhubungan seks di dalam kabin pesawat. Pengakuan itu turut mendapat liputan media secara meluas.

Lantas, siapa sajakah artis-artis yang mengaku pernah berhubungan seks di atas pesawat?

Kim Kardashian

Kim Kardashian dalam satu kesempatan, mengaku pernah berhubungan intim dengan suaminya, Kanye West, di dalam kabin pesawat. Namun, sudah tentu penerbangan yang dinaikinya  bukanlah penerbangan komersial.

“Saya menaiki jet pribadi. Saya tak akan berhubungan intim di penerbangan umum. Kecuali kalau saya harus melakukan penerbangan antarabangsa dan yang pasti tak ada siapa pun di sebelah kami,” ujar Kim dalam sebuah kenyataannya.

Kris Jenner

Di sebuah wawancara bersama Huffpost, Kris Jenner telah membuat pengakuan yang mengejutkan. Saat itu dia bercerita bahawa dirinya pernah berhubungan seks dengan bekas suaminya, Bruce Jenner (sekarang dikenali dengan Caitlyn Jenner setelah menjadi transgender) di tandast pesawat.

Ibu kepada Kim Kardashian itu akhirnya terkantoi setelah seorang pramugari mengetahui perbuatannya. Kris malu kerana pramugari mengumumkannya menerusi pembesar suara sebelum pesawat mendarat.

Cara Delevingne

View this post on Instagram

A post shared by Cara Delevingne (@caradelevingne)

Aktres cantik Cara Delevingne mengaku pernah ditangkap basah kerana berhubungan seks dengan pasangannya saat sedang duduk di kerusi utama sebuah penerbangan. Saat itu, penumpang di sebelahnya merasa terganggu dan membuatkan model popular ini menghentikan perbuatannya.

Sebaliknya bukan meminta maaf, malah Cara mengadu kepada pramugari kerana penumpang di sebelahnya terus memperhatikan mereka.

Reese Witherspoon

Reese Witherspoon telah menjadi isteri kepada Jim Toth sejak tahun 2011. Sebelumnya, Reese sempat bercinta dengan beberapa jejaka tampan. Salah satunya aktor Jake Gyllenhall.

Kala itu, hubungan Reese dan Jake sudah cukup intim. Salah satu sumber terdekat pernah mengungkapkan bahawa pasangan ini sempat berhubungan seks di dalam kabin pesawat terbang.

Chrissy Teigen

Chrissy Teigen dan John Legend merupakan pasangan selebriti Hollywood yang tak malu mengungkapkan kehidupan seksual mereka. Ketika diwawancara dalam sebuah kesempatan, pasangan tersebut mengaku secara diam-diam pernah berhubungan seks dalam penerbangan dari Amerika Syarikat menuju Thailand.

“Kami berada di penerbangan ke Thailand untuk bertemu ibubapa saya. Kami terbang dengan penerbangan kelas pertama, dan saat itu kami berhubungan seks di bawah selimut,” jelas Chrissy pada saat itu.

Pamela Anderson

https://www.instagram.com/p/BpiKlc0Fk06/?taken-by=pamelaanderson

Pamela Anderson memang sudah lama memiliki kehidupan seksual yang menghebohkan. Terutama sejak rakaman video panasnya bersama mantan suami, Tommy Lee, beredar di era tahun 1990-an. Tentunya, Pamela sering melakukan eksperimen dalam hal seksual.

Pamela pernah mengaku dirinya sempat melakukan hubungan seks di pesawat terbang. Namun, banyak pihak yang mendakwa dia dan suaminya pernah melakukan hubungan seks di tandas pesawat.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

https://lomp.at/twmza
Share215Tweet63SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem