Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Janna Nick & Eyka Farhana Mengamalkan Budaya LGBT?

by Ayden Mikhael
November 3, 2018
69
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon versatile, Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkata gambar tersebut tidak mempunyai apa-apa maksud dan terpulang pandangan individu yang melihatnya.

“Foto itu tiada apa-apa maksud, ia hanya sekadar momen bergambar dengan seorang rakan, terserah pada perspektif masing-masing yang melihat.

“Mungkin hal LGBT ini sudah semakin meluas diperkatakan, jadi orang ramai mula mengaitkan semua benda dengan isu tersebut. Sampaikan perbuatan yang tak ada kena mengena pun turut dikaitkan sama.

“Mereka yang fikir ke arah itu!,” kata pelakon Janna Nick ketika diminta mengulas mengenai sekeping foto dirinya dengan pelakon Eyka Farhana ‘seakan bercumbu’, katanya kepada Mstar.

Sebelum ini foto yang dimuatnaik di Instagram milik Eyka itu telah menerima kecaman netizen yang mengatakan kononnya mereka mempromosikan budaya songsang iaitu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Foto tersebut menjadi tular di laman sosial sehingga ada yang menuduh mereka seperti mempromosikan budaya LGBT. Kedua-dua aktres ini difahamkan mengambil gambar tersebut ketika berada di set penggambaran drama ‘Bukan Cinta Aku’.

Dalam hal ini, Janna memohon netizen berfikiran positif dan menyemai perasaan kasih sayang sesama manusia serta tidak bercakap mengenai hal negatif semata-mata.

“Sebagai selebriti saya sedar banyak mata yang memandang tapi bukan semua benda kita buat ada kaitan dengan hubungan songsang itu.

“Foto itu hanyalah perasaan kasih sesama manusia, mari sebarkan perasaan cinta terhadap orang sekeliling kita dan ambil nilai positif itu,” ujarnya lagi.

murai.my berharap agar Janna serta Eyka terus bersikap positif dan terus maju dalam dunia showbizz. U can do it girlssssss 🙂

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Eyka Farhana Umum Nikah Awal Bulan Depan, Pilih Rahsiakan Tarikh Sebenar!
eyka farhanajanna nick
https://lomp.at/0sdf8
Share28Tweet17SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem