Saturday, April 20, 2024

Dukun Muncul Sebagai Filem Terbaik Di ASK 2018

Filem Dukun terbitan Astro Shaw Sdn Bhd muncul sebagai filem terbaik di Anugerah Skrin 2018. Filem seram kontroversi yang diilhamkam dari kisah sebenar itu mendapat sambutan memberangsangkan walaupun filem ini ‘diperam’ sejak tahun 2006.

Pelakon Datin Umie Aida memegang watak sebagai Diana Dahlan di mana penampilannya masih belum berhijab. Ini kerana penggambaran dijalankan pada tahun 12 tahun lalu.

Dalam pada itu, filem arahan Dain Said ini terpilih untuk ditayangkan di New York Asian Film Festival 2018 (NYAFF) ke 17. Dukun turut mengutip kutipan sebanyak RM11juta selepas ditayang di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. murai.my ingin mengucapkan tahniah buat semua tenaga produksi filem Dukun!

Selain itu, filem tersebut turut meraih trofi Pengarah Terbaik (Dain Said), Lakon Layar Terbaik (Huzir Sulaiman), Pelakon Wanita Terbaik Filem (Datin Seri Umie Aida) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem (Namron).

Manakala karya arahan sutradara terkenal Rashid Sibir, Pendosa Ingin Ke Syurga dinobatkan sebagai Drama Terbaik. Naskhah itu turut merangkul anugerah Pengarah Terbaik (Rashid Sibir), serta Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama (Fauziah Nawi).

Berikut merupakan senarai keputusan ASK 2018:

Penyunting Drama Terbaik: Qalbu
Videografi Drama Terbaik: Nisaa
Rancangan Majalah Terbaik: 999
Rancangan Realiti Terbaik: Let’s Cycle Season 3
Rancangan Anugerah Terbaik: Anugerah Skrin 2017
Drama Komedi Terbaik: Mat Rukun
Lakon TV Terbaik: Aku Nazmi
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Normah Damanhuri (Pinjamkan Hatiku)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Namron (Dukun)
Lakon Layar Terbaik: Dukun
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Fauziah Nawi (Pendosa Ingin Ke Syurga)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Fauzi Nawawi (Qalbu)
Pengarah Terbaik Drama: Rashid Sibir (Pendosa Ingin Ke Syurga)
Pengarah Terbaik Filem: Dain Said (Dukun)
Pelakon Wanita Terbaik Filem: Datin Seri Umie Aida (Dukun)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Shaheizy Sam (Pinjamkan Hatiku)
Pelakon Wanita Terbaik Drama: Nad Zainal (Fatonah Azali)
Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian: Amyra Rosli (Nur)
Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian: Syafiq Kyle (Nur)
Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Jay Iswazir (Aku Nazmi)
Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina): Green Wall
Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu): Nur
Filem Terbaik: Dukun
Drama Terbaik: Pendosa Ingin Ke Syurga

murai.my ingin mengucapkan sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang-pemenang untuk Anugerah Skrin 2018 yang telah diadakan pada malam semalam yang bersiaran secara langsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC).

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

HOT MINGGU INI