Siti Sarah, Noryn Aziz & Misha Omar Bakal ‘Bergabung’ Tahun Hadapan!

Mesti Baca

Curi Perhatian! 5 Selebriti Hollywood Memakai Gaun Pengantin Sewaktu Di Karpet Merah

Apabila mencari penampilan yang sempurna sewaktu di karpet merah, selebriti kebiasaannya akan memilih custom atau designer gowns. Kadangkala, sesetengah...

6 Pasangan Selebriti Korea Ini Bebas Daripada Sebarang Gosip

Beberapa pasangan suami isteri selebriti Korea ini sentiasa jauh daripada sebarang gosip. Perkahwinan mereka jarang mendapat berita yang negatif....

Artis & Instafamous Selar Kes Youtuber Bergaduh Di Gelanggang Futsal

Insiden pergaduhan di sebuah gelanggang futsal minggu lalu yang melibatkan Youtuber terkenal mendapat perhatian ramai termasuk di kalangan selebriti...

Sebelum ini beberapa teaser mengenai Konsert Soul Sisters hangat diperkatakan peminat. Manakan tidak, mereka hanya mengetahui akan ada tiga penyanyi adakan konsert namun gerangan penyanyi tersebut menjadi teka-teki.

Gabungan Tiga Suara Dalam Satu Konsert

Kini teka-teki terjawab apabila sebuah sidang media mengenai konsert tiga penyanyi tersebut telah diadakan. Siti Sarah,Noryn Azizdan Misha Omar bakal bergabung dalam satu konsert yang dinamakan sebagai Konsert Soul Sisters di Panggung Sari, Istana Budaya pada 5 dan 6 April 2019.

Konsert Bertaraf Antarabangsa

Menerusi terbitan Edd Razhe Entertainment (ERE), pemilihan ketiga-tiga penghibur ini dibuat berdasarkan reputasi dan kemampuan mereka menyanyi secara live dan menyampaikan lagu-lagu Inggeris dengan hebat.

Konsert yang menampilkan genre muzik Soul dan R&B itu akan dilangsungkan hampir 2 jam dan mengetengahkan beberapa segmen menarik.

” Setiap daripada kami punyai cenderung tersendiri. Saya rasa berbesar hati dapat membuat ┬ápersembahan┬ábersama rakan saya, Sarah dan dapat tahu pula Noryn akan bersama kami dan tidak dinafikan saya memang teruja sehingga mengalirkan air mata,” ujar Misha

 

Menjanjikan ianya bertaraf antarabangsa, Konsert Soul Sisters ini juga bakal menggabungkan kepakaran teknikal, penataan cahaya dan bunyi yang terbaik. Tiket-tiket berharga RM755 (Meet & Greet), RM555 (Diamond), RM355 (Platinum), RM 255 (Gold) dan RM155 (Silver) boleh dibeli bermula 8 November menerusi laman www.airasiaredtix.com

Terkini

Dah Elok Sado, Pergi Buat Implan Payudara Pula! Influencer Ini Tak Malu Malah Bangga

Lelaki bertatu ini menunjukkan implan payudara setelah dicabar untuk mendapatkan 3 juta pengikut di akaun Instagramnya. Dipetik dari Dailystar, Influencer...

Artikel Berkaitan