Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Nita Hamzah Ingin Terus Istiqamah Melakukan Kebaikan?

by Ayden Mikhael
November 11, 2018
Share on Facebook

Perubahan dirinya yang berhijab sejak 2 November lalu, penyanyi Nita Hamzah menganggap sebagai ‘hadiah’ terindah sempena hari kelahirannya. Naib juara Malaysian Idol musim kedua itu berkata, dia nekad berubah sebagai mengambil keberkatan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-38 pada 3 November lalu.

“Sebenarnya, niat untuk menutup aurat sudah lama tersimpan, cuma hati saya masih berbolak-balik. Sehari sebelum meraikan hari ulang tahun, saya cuba memakai tudung dan tanpa disangka, saya mendapat kekuatan melakukan perubahan itu.

“Alhamdulillah, niat suci saya itu dipermudahkan dan saya berharap akan terus istiqamah dalam melakukan kebaikan,” katanya kepada BH Online.

Mengulas reaksi suaminya, Mohd Fareez Shamsul Bahari, Nita yang mendirikan rumah tangga pada 29 April lalu berkata, lelaki itu bersyukur melihat perubahan pada isterinya.

“Pada mulanya suami agak terkejut, namun saya tahu dia gembira. Biarpun tidak menunjukkan perasaan sebenarnya, saya yakin dia ingin melihat saya menjadi wanita yang lebih baik,” ujar Fareez.

Hampir tujuh bulan melayari alam perkahwinan, pemilik nama Norhanita Hamzah itu berkata, segala-galanya berjalan seperti biasa.

“Kalau zaman bercinta dulu, kami kerap bergaduh. Ada sahaja yang tidak kena di mata, tetapi sejak berumah tangga, kami lebih memahami antara satu sama lain. Bohong jika tidak bermasam muka, tetapi saya dan suami semakin matang.

“Jika ada masalah, kami tidak biarkan ia berlarutan. Mengenai zuriat, nampaknya rezeki masih belum menyebelahi. Doakan kami segera dikurniakan anak,” tambahnya lagi.

murai.my mendoakan kesejahteraan keluarga Nita dan semoga mendapat zuriat dengan secepat yang mungkin, in shaa Allah, aamiin!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
nita hamzah
https://lomp.at/8beu7
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem