Tuesday, February 7, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Gossip

Elly Mazlein Jatuh Cinta Dengan “Papa” Yang Lebih Muda Demi Anak?

by Ayden Mikhael
November 11, 2018
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein yang mengakui hatinya sudah dimiliki sekian lama menyendiri tanpa kehadiran lelaki di sisi. Elly berkata, perkenalannya dengan jejaka berusia lewat 20-an kira-kira lima bulan lalu turut membawa kebahagiaan kepada anak tunggalnya, Putri Sara Sefhia Azmi yang baru mencecah usia dua tahun.

“Saya anggap hubungan kami masih terbatas sebagai kawan, memandangkan kami baru lima bulan berkenalan. Terlalu awal untuk saya katakan, kami sedang bercinta. Namun, melihat keserasian dan penerimaan jejaka itu terhadap Sefhia membuatkan hati saya tersentuh.

“Selama ini, Sefhia tidak berpeluang merasai kasih sayang seorang ayah. Walaupun masih muda, dia matang. Dia juga sangat memahami dan mengambil berat terhadap saya dan anak. Saya tidak pernah rasa bahagia sebegini, malah lebih penting, Sefhia juga gembira,” kata Elly Mazlein kepada Berita Harian.

Penyanyi lagu ‘Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan’ itu berkata, hatinya terbuka untuk mengenali lelaki itu dengan lebih rapat selepas memikirkan masa depan anaknya. Elly juga memberitahu terpaut hati dengan kematangan jejaka muda.

Melihat keakraban Sefhia dengan teman istimewanya itu, Elly berharap hubungan yang terjalin itu berkekalan dan membawanya kembali ke jenjang pelamin.

“Kali pertama berjumpa, saya bawa Sefhia bersama. Memang pada mulanya, dia agak kekok, tetapi mereka cepat serasi hingga Sefhia memanggilnya papa.

“Ketika bercuti bersama Sefhia di Amsterdam, Belanda, baru-baru ini, dia asyik bertanyakan ‘papa’nya. Mujur panggilan video dapat mengubat kerinduan Sefhia terhadap ‘papa’nya itu,” tambahnya lagi.

Tidak kisah dipandang sinis apabila menjalin hubungan dengan lelaki yang jauh lebih muda, Elly berkata, dia selesa memekakkan telinga kerana dirinya juga berhak mengecapi bahagia.

murai.my mendoakan agar hubungan Elly serta pasangannya itu akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan senantiasa berbahagia disamping orang yang tersayang.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Elly Mazlein
Share4Tweet3SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Gambar Lisa BLACKPINK Dituduh Buat Pembedahan Hidung Dibantah Peminat
Korea

Gambar Lisa BLACKPINK Dituduh Buat Pembedahan Hidung Dibantah Peminat

by Phic ARMAN
February 6, 2023
Sofyank ‘Shooting’ Dengan Bintang Hollywood Paul Rudd & Jonathan Majors Di Sydney?
Filem

Sofyank ‘Shooting’ Dengan Bintang Hollywood Paul Rudd & Jonathan Majors Di Sydney?

by Phic ARMAN
February 6, 2023
Di Jemput Ke Kediaman Hrithik Roshan, Gelagat Jackson Wang Dipuji Ramai
Bollywood

Di Jemput Ke Kediaman Hrithik Roshan, Gelagat Jackson Wang Dipuji Ramai

by Aphit J.
February 5, 2023
Padam Semua Gambar Dan Video, Zarina Anjoulie Dah Putus Dengan Kekasih?
Lokal

Padam Semua Gambar Dan Video, Zarina Anjoulie Dah Putus Dengan Kekasih?

by Aphit J.
February 5, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

  2. 2

    [VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”

  3. 3

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  4. 4

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  5. 5

    Janna Nick Puji Fikry Ibrahim- “Sanggup Tolak Semua Job-Job Sebab…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan