Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

Zizi Kirana Dilabel Simbol Seks & Ibu Tidak Menentang Pemakaian Zizi?

by Ayden Mikhael
November 18, 2018
53
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi Zizi Kirana yang popular dengan lagu ‘Nak Ke Tak Nak’, Lepak Mamak’ ini berkata, dia tidak berkecil hati dengan komen negatif kerana mereka tidak mengenali siapa dirinya yang sebenar. Zizi juga tidak mahu ambil pusing dengan kecaman dan label yang diberikan kepadanya iaitu digelar bintang porno kerana penampilannya yang seksi.

“Apabila mereka melihat dari sudut negatif, memang negatiflah jadinya. Suka hatilah mereka dengan tafsiran imaginasi sendiri melihat.

“Saya tidak peduli dan tidak pasti apa sebenarnya yang mereka cuba buktikan dengan melabel saya,” kata penyanyi Zizi Kirana kepada Harian metro.

Jelasnya beliau selesa berpakaian seperti itu, ibunya juga tidak pernah menentang. Malah kata Zizi, beliau juga tidak pernah terfikir mahu menutup ruangan komen walaupun mendapat pelbagai kecaman kerana menganggap ‘haters’ ini seperti virus yang akan tetap merebak walau dihalang.

“Ibu saya sendiri tidak bising pun dengan cara penampilan saya ini. Tidak terfikir langsung sampai nak tutup ruangan komen walaupun saya banyak mendapat komen negatif. Biarlah mereka sesuka hati meninggalkan apa saja komen.

“Kalau saya tutup pun, mesti ada yang akan tetap cari jalan untuk komen mengenai saya di tempat lain pula. Ibaratnya seperti viruslah, komen-komen sebegitu memang akan merebak ke mana-mana,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Zizi juga menafikan penampilannya semakin seksi adalah gimik untuk sebarang projek akan datang.

“Bukan gimik pun. Tiada kaitan dengan lagu akan datang disebabkan saya pun baru lancarkan single baru,” jelasnya yang baru tampil dengan lagu berjudul ‘Siapa Yang Bap Bap’.

Apapun murai.my suka dengan cara Zizi yang menjadi diri sendiri dan tidak hipokrit. Buat apa apa nak hopokrit kan? Itu lagi teruk. In shaa Allah suatu hari nanti Zizi akan berubah kepada yang lebih baik? Mana tau kan? Mari sama-sama kita doakan.

zizi kirana
https://lomp.at/76x83
Share21Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem