Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Disebabkan Sakit Tonsil, Ismail Izzani Tidak Mengambil SPM?

by Ayden Mikhael
November 24, 2018
Share on Facebook

Penyanyi remaja yang popular dengan lagu ‘Demi Kita’ itu menegaskan, keputusannya untuk tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukan bermaksud dia membelakangkan pendidikan.

Ismail Izzani sebaliknya berkata, keputusan untuk tidak mengambil peperiksaan SPM itu dibuat selepas perbincangan teliti bersama keluarganya, selain berdepan masalah tonsil yang dihidapinya sejak tahun lalu.

“Ibu dan keluarga menyokong keputusan saya, namun itu bukan bermakna, pelajaran tidak penting untuk masa depan. Sekiranya nanti saya mahu menyambung pengajian, saya akan mengambil ujian khas sebelum memasuki pusat pengajian tinggi.

“Saya tahu ramai yang mengecam apabila tidak menduduki SPM, tetapi saya tahu apa yang dibuat,” kata Ismail.

Sementara itu, Ismail turut memaklumkan, masalah tonsil yang dihadapinya juga semakin serius apabila hampir setiap bulan dia jatuh sakit hingga mengganggu jadual seninya.

“Saya tidak boleh bertangguh lagi, mahu atau tidak saya perlu menjalani pembedahan awal tahun depan. Memang saya takut risiko pembedahan itu mungkin memberi kesan kepada suara.

“Selepas dibedah, saya perlu berehat seketika untuk memastikan diri benar-benar sembuh. Saya berdoa semua urusan itu dipermudahkan nanti,” kata Ismail kepada Berita Harian.

Mengulas mengenai dirinya yang sering dihimpit kontroversi, Ismail berkata, dia kini semakin berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk kerana tidak mahu berterusan dikecam netizen.

“Masyarakat kita begitu mudah mengecam dan menjatuhkan hukuman tanpa terlebih dahulu menyelidik perkara sebenar. Saya tahu, saya tidak mampu menutup mulut orang lain, namun apa yang berlaku membuatkan saya lebih berhati-hati.

“Selepas ini, apa juga yang saya lakukan, saya akan tapis dahulu sebelum berkongsi. Risau pula mengundang kecaman netizen lagi walaupun saya sekadar bergurau,” ujarnya lagi.

murai.my berharap keputusan yang diambil oleh Ismail telah Ismail fikir masak-masak dan semoga berjaya dalam industri nyanyian dan menjadi salah satu artis Malaysia yang dapat mengharumkan nama negara pada satu hari nanti, aamiin.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Ismail Izzani
https://lomp.at/7wpt4
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem