Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

5 Usahawan Selebriti Paling Sensasi 2018

by Khai Azfar
November 27, 2018
Share on Facebook

Selain penyanyi dan pelakon sahawan-usahawan selebriti ini tidak kurang popularnya malah ada diantara mereka lebih popular dari penggiat industri terkenal. Kini mereka turut tergolong dalam golongan selebriti kerana mempunyai kaitan dalam industri.

5 Usahawan Selebriti Paling Sensasi 2018

Umum mengetahui setiap daripada usahawan ini mempunyai produk masing-masing yangh begitu terkenal. Namun, ada diantaranya turut terpalit beberapa kontroversi panas. Bagi mereka segala kecaman tersebut seperti alah bisa tegal biasa. Ketepikan segala kontroversi tersebut, mereka mengambil jalan positif untuk mengembangkan lagi bisnes mereka. murai.my tampilkan 5 figura ini yang sentiasa menjadi perhatian sepanjang 2018!

Nur Sajat Kamaruzzaman

Terkenal dengan tagline nya “Jangan Mengata” , Nur Sajat Kamaruzzaman atau lebih mesra disapa sebagai Sajat mula dikenali ramai selepas perniagaan bengkung dan produk kosmetik nya begitu laris di pasaran.

Di sebalik pelbagai kontroversi yang melanda sejak tahun lalu melibatkan isu jantina, keluarga dan sebagainya, Sajat turut mengembangkan bisnes nya dalam perniagaan emas yang kini dibuka di kedai miliknya di Shah Alam. Malah Sajat turut bekerjasama dengan syarikat penerbangan tambang murah terkenal, AirAsia dalam memperkenalkan bengkung jenama nya pada pramugari syarikat berkenaan.

Datuk Seri Aliff Syukri

Ada sahaja yang dilakukakn Datuk Seri Aliff Syukri yang menjadi perhatian netizen sehingga dikecam hebat. Biarpun sudah lali dengan kecaman, namun ada kalanya usahawan ini turut bersedih dengan kecaman yang diterima.

Terima kasih kepada isterinya, Datin Seri Nur Shahida yang sentiasa memberi nasihat dan tulang belakang padanya. Teringat pula kami pada pertengahan tahun ini, dimana Aliff mula mendiami ‘istana’ miliknya yang begitu besar! Dikhabarkan rumahnya itu mempunyai 30 buah bilik, 12 orang pengawal serta mempunyai kawasan parkir kereta yang boleh memuatkan 8 buah kereta dalam 1 masa

[VIDEO] "Isteri Saya Banyak Membantu Susah Senang..."-Aliff Syukri

Safiey Ilias

Mula jadi perhatian selepas isu pakaiannya menjadi kecaman netizen. Dalam masa yang sama, Safiey Ilias atau nama sebenarnya Saifuddin Bin Ilias turut merakamkan sebuah single yang menjadi tular di media sosial berjudul Paling Syantik.

Biarpun baru berumur 24 tahun, Safiey turut berbangga dengan kejayaannya bergelar jutawan muda selain tampil memberi khidmat nasihat kepada umum mengenai dunia perniagaan.

Dato Seri Vida

Antara usahawan terawal yang dikenali ramai. Selain sering kali menaja program-program hiburan siapa sangka jutawan ini turut merakamkan sebuah single yang berjudul I Am Me.

Menariknya lagi single tersebut turut mencetuskan fenomena di seluruh Asia! Namun begitu, langit tidak selalunya cerah, pada tahun lalu Dato Seri Vida selaku penaja utama Gegar Vaganza empat musim terdahulu terpalit dengan isu hadiah barangan kemas pada juara, Aishah yang dikatakan sebagai palsu.

Wak Doyok

Selain bergelar ikon fesyen, Wak Doyok turut mempunyai rangkaian perniagaanya tersendiri yang menggunakan nama ‘Wak Doyok’. Namun begitu, pada awal tahun lalu timbul pula isu mengenai hak milik nama ‘Wak Doyok’ tersebut selepas dia dikatakan mempunyai perselisihan faham dengan rakan kongsinya yang juga usahawan, Asyraf Mazlan.

aliff syukridato seri vidanur sajatSafiey Iliaswak doyok
https://lomp.at/lg827
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

HotList

“Tragedi Surau Sekolah”, Insiden SMK Tanjung Mas Cetus Kesedaran Zon Keselamatan Di Sekolah

by Ayu Kamaruddin
April 13, 2026

Baru-baru ini tular satu kejadian yang mengejutkan ramai apabila insiden membabitkan pelajar dan sebuah kenderaan berlaku di kawasan Sekolah Menengah...

Read moreDetails
HotList

Insiden Pelajar Dirempuh SMK Tanjung Mas, Ini Penjelasan Sains Kenapa Kesilapan Seperti Ini Boleh Berlaku

by Ayu Kamaruddin
April 14, 2026

Insiden menyayat hati yang berlaku di sebuah sekolah di Kota Bharu baru-baru ini terus menjadi perhatian ramai. Media sebelum ini...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

  5. 5

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara