Peminat sedia maklum bahawa penyanyi rap terkenal, Altimet membuat keputusan untuk bersara dari dunia hiburan sebagai seorang penyanyi.

‘O’ Album Terakhir Altimet

Hari ini, Altimet melancarkan album terakhirnya sebagai meraikan kerjaya seninya yang gilang-gemilang. Diberi judul O, menurut Altimet kepada murai.my album ini melambangkan kerjaya seni Altimet seperti kitaran hidup yang sudah lengkap apabila dia menamatkan perjalanan seninya dengan menceritakan kisah hubungan akrabnya dengan muzik.

IKLAN

Malah dalam sidang media yang diadakan juga, Altimet telah melancarkan single pertama dari album inibyang berjudul Bersamamu yang menampilkan Cuurlery sebagai komposer nya.

Tambah Altimet, menyifatkan album ‘O’ sebagai usahanya habis habisan, terdapat beberapa buah lagu yang turut menampilkan duet bersama ramai penyanyi popular antaranya SonaOne, Aina Abdul, Aizat dan ramai lagi. ‘Ahli keluarganya’ dalam industri akan turut ditampilkan menerusi beberapa buah lagu dalam album ini

Sudah Temui Pengganti

Mengenai Anugerah Juara Lagu 33 pula, Altimet yang turut tercalon kali ini menerusi lagu Bunga pula memberitahu sudah menemui pengganti untuk menjayakan persembahannya kelak.

Nekad untuk tidak akan beraksi kali ini, Altimet telah menyerahkan ‘tugas’ tersebut kepada penyanyi pilihannnya dan AJL33 merupakan konsert lagunya terakhir. Sebagai rekod sehingga ke hari ini video muzik Bunga sudah ditonton melebihi 8 juta tontonan di YouTube