Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Uqasha Senrose Keluar Dengan Lelaki Lain & Ben Amir Tak Makan Hati?

by Ayden Mikhael
December 2, 2018
31
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Ben Amir mengakui dirinya masih berkawan dengan aktres Uqasha Senrose. Pernah didakwa menjalin hubungan cinta kerana kerap memuat naik foto bersama satu ketika dahulu, Ben menafikan perkara terbabit. Memetik BH Online, Ben berkata bahawa;

“Sejak dulu, saya tidak pernah mengiyakan gosip hubungan kami kerana menyangka ia sekadar usikan. Saya cuma menjelaskan kami rapat sebab saya memang tidak mempunyai ramai kawan perempuan.

“Kebetulan pula kami berdua boleh ‘ngam’ dan selesa berkawan. Tetapi, saya tidak kisah pun jika dia mahu keluar dengan orang lain. Itu hak dia.

“Setakat ini, saya sendiri terikat dengan jadual penggambaran drama bersiri. Jika ada hari senggang pula, saya lebih suka memerap di rumah dan tidur, sampai tak sempat cari kekasih.

“Dalam soal cinta, saya enggan terburu-buru. Bagi saya, kenali dulu hati budi sebelum mendahulukan perasaan,” kata pelakon Ben Amir yang tidak kisah andai aktres yang dikaitkan intim dengannya, Uqasha Senrose, keluar dengan lelaki lain.

Katanya, pihak luar yang tidak mengetahui situasi sebenar menyalah tafsir persahabatan mereka sejak empat tahun lalu dan menggembar-gemburkannya sebagai ikatan cinta. Bintang yang memegang watak Khairil atau Khai dalam drama bersiri 100 episod, ‘Cinta Tiada Ganti’ itu berkata demikian sebagai bukti mereka sekadar kawan.

Menerusi drama yang sudah pun tamat tayangannya, baru-baru ini, Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin bergandingan dengan adik Uqasha, Nelydia Senrose, yang memegang watak Arabella.

“Saya memegang watak Khai yang menyayangi Arabella sepenuh hati. Dalam kisah itu, kami bercinta, namun saya dan Nelydia tidak kekok berlakon bersama kerana sudah saling mengenali.

“Walaupun julung kali digandingkan, kami cepat serasi di set hinggalah penggambaran yang memakan masa lebih sembilan bulan diselesaikan dengan sempurna.

“Apabila bekerja dengan pasukan yang menyeronokkan, tak terasa pun kita sedang bekerja. Malah, kadang kala saya berasa tidak sabar mahu memulakan tugas,” tambah Ben.

Bagi pendapat murai.my, kalau perkara baik perlu dipercepatkan. Buat apa nak tunggu lama-lama, nanti diambil orang. Betul kan? Semoga hubungan Ben dan Uqasha berkekalan hingga ke jannah, in shaa Allah.

Tinggal Dunia Hiburan Demi Pulau & Wanita Filipina?-Ben Amir Nafi Cinta Jadi Punca, Dedah Rahsia Sebenar
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
ben amiruqasha senrose
https://lomp.at/8pzgc
Share12Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem