Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Diana Danielle Terima Ugutan Rogol Secara Beramai-Ramai!

by Ayden Mikhael
December 15, 2018
55
KONGSIAN
Share on Facebook

Menerusi perkongsian di ruangan Instastory, Datin Diana Danielle iaitu isteri kepada pelakon Datuk Farid Kamil memuatnaik komen seorang individu yang menggunakan nama akaun Facebook ‘Ismail Upahan’ yang mengajak netizen untuk merogol isteri Farid Kamil secara beramai-ramai.

Tambah Diana, dia menganggap perkara itu sebagai gangguan seksual dan meminta keluarga lelaki berkenaan tidak cuba menghubunginya berikutan tindakan yang bakal diambil.

“Saya bukan seorang pendendam tapi keselamatan dan maruah saya dipijak-pijak oleh lelaki yang ada latar belakang pengawal peribadi yang mendoakan kehancuran keluarga saya.

“Jangan menulis perkara seperti itu dan mengharapkan saya untuk mengabaikan potensi bahaya dan ancaman yang telah anda lakukan terhadap saya,” ujar pelakon Datin Diana Danielle kepada Mstar Online.

Diana berkata, perkara itu bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main-main biarpun sekadar komen di laman sosial.

“Rogol perkara main-main ke? Jika orang tidak dikenali ajak orang ramai rogol isteri kamu dan ajak kamu bergaduh dan mendoakan kehancuran keluarga kamu, kamu rasa perlu untuk baik hati? Sedangkan perkara yang bukan masalah kamu pun kamu emosi!”, tambahnya lagi.

Ibu kepada dua cahaya mata itu bercadang membuat laporan polis terhadap seorang lelaki yang meninggalkan komen berbaur ugutan terhadap dirinya di media sosial.

Katanya, tindakan keterlaluan hingga sanggup mengajak individu lain merogolnya secara beramai-ramai jelas dilihat sebagai ancaman dan memperkotak katikkan maruahnya sebagai wanita, isteri serta ibu.

“Beritahu saya, patutkah saya membuat laporan polis? Ya, saya perlu! Apa salah saya pada kamu sampai kamu lupa ajaran agama?

“Kata anak jantan. Anak jantan sebenar takkan sentuh perempuan, apa lagi nak merogol. Ingat kamu seorang sahaja yang tak takut? Saya pun tak takut pada kamu,” katanya lagi.

Rata-rata pengikut di laman Instagram menyokong tindakan Diana mengajukan ugutan terbabit kepada pihak berwajib demi keselamatan diri dan keluarganya. murai.my mendoakan agar tiada apa-apa perkara yang buruk kepada seluruh keluarga Diana dan senantiasa berhati-hati walaupun berada di dalam rumah sendiri.

Pertama Kali Sambut Hari Bapa Sebagai Bapa Tunggal, Farid Kamil Luah Rasa Terharu
diana danielle
https://lomp.at/wip4r
Share22Tweet14SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem