Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Fazura Tawarkan Bantuan Kepada Nurul Najihah, Tunang Arwah Adib

by Phic ARMAN
December 19, 2018
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Seperti yang kita ketahui, Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami dalam insiden rusuhan di depan Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, sepatutnya bernikah dengan tunangnya, Nurul Najihah Mohd Radzi, Jumaat ini.

Nurul ada meluahkan kesedihannya menerusi posting di laman sosial miliknya. Rata-rata netizen titipkan ucapan takziah dan memberi kata-kata semangat buat Nurul dan keluarga arwah termasuk pemimpin negara dan selebriti.

Pelakon dan penyanyi Fazura turut meluahkan kesedihannya dan memberi kata-kata semangat kepada Nurul. Menerusi posting terbarunya di Instagram, Fazura menawarkan bantuan kepada Nurul sekiranya memerlukan.

“Khas kepada tunang Allahyarham, Nurul Najihah Mohd Radzi, Faz doakan agar dikurniakan ganjaran kesabaran dan kekuatan dalam menerima pemergian insan yang tercinta semoga ketabahan itu menjadi contoh yang baik kepada Faz dan ramai lagi.”

Bersedia untuk Membantu Nurul

“Jika ada apa yang boleh Faz bantu untuk melalui dugaan ini, mohon dapat maklumkan Faz. Akhir kalam, Faz berharap semua bertenang dengan pemergian Allahyarham kerana beliau berada di tempat yang lebih baik. Sesungguhnya doa mereka yang dianiaya tidak akan ada penghalang antaranya dengan Allah SWT. Ameen.”

Sementara itu, tinjauan murai.my juga mendapati ramai warga maya yang mendoakan supaya Nurul lebih kuat dan diberikan ketabahan dalam menghadapi ketentuan ini. Al-Fatihah untuk wira negara, Adib.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Pengalaman Terburuk Dengan Fazura, Kecoh Fazura Bagi Cek Tendang Serta Gagal Bayar Hutang
fazuraMuhammad Adib Mohd KassimNurul Najihah Mohd Radzi
https://lomp.at/ez2lz
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem