Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

[FOTO] Pendedahan Baju Perkahwinan Elfira Loy Dari Rizman Ruzaini Yang Eksklusif

by Ayden Mikhael
December 25, 2018
Share on Facebook

Nampaknya kini semakin terjawab spekulasi majlis pernikahan pelakon Elfira Loy bersama tunangnya, Faris Khairol Anuar apabila pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memuatnaik gambar individu wanita mirip pelakon itu yang mengenakan busana perkahwinan.

Gambar beserta status ‘coming soon’ dan #bridesbyRR itu menguatkan lagi khabar angin pasangan itu bakal berkahwin awal tahun depan. Rizman mengesahkan wanita dalam gambar itu adalah Elfira dan pernikahan bakal berlangsung dalam masa terdekat.

“Betul, itu adalah El (Elfira). Saya dah tahu tarikh perkahwinan mereka, tapi tak boleh kongsikan lagi. Apa boleh dikatakan, ia bakal berlangsung dalam waktu terdekat ini. Jadi kita doakan yang baik-baik untuk mereka.

“Jenama Rizman Ruzaini sudah bekerjasama dengan El hampir 10 tahun. Dia antara selebriti yang kami tunggu-tunggu nak buatkan baju kahwin. Alhamdulillah, apabila tiba waktunya dia pilih kami.

“In shaa Allah, kami akan menyediakan beberapa persalinan untuk majlis perkahwinan mereka nanti. Sejujurnya, kami berasa teruja,” kata Rizman kepada Mstar.

Rizman berkata, rekaan itu adalah istimewa dan berbeza daripada kebanyakan rekaan busana perkahwinan dihasilkan sebelum ini.

“Setiap selebriti ada nilai sentimental dan pesona sendiri. Disebabkan itu, setiap rekaan kami untuk mereka atau orang biasa berbeza. Tak ada yang sama.

“Macam untuk majlis El ini, ia memang istimewa. Lagi satu, El jenis yang tak kedekut. Setiap baju yang ditempah dengan kami dia bayar dan tak pernah minta penajaan,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Elfira dan pasangannya yang juga Pengurus Besar di syarikat telekomunikasi mengikat tali pertunangan pada 2 September lalu secara tertutup membabitkan keluarga dan kenalan terdekat sahaja.

Sebelum bersama Faris, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi, namun jodoh mereka tidak kesampaian selepas berpisah pada Februari lalu.

Tahniah dari murai.my buat Elfira dan pasangan diatas pernikahan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Tertanya-tanya pula berapa pasang busana Rizman Ruzaini yang bakal digayakan Elfira nanti.

Rizman Ruzaini Vs Suami Intan Najuwa, Ini Yang Kamu Perlu Tahu Tentang Hutang RM1.3 Juta
elfira loyRizman Ruzaini
https://lomp.at/h4kw7
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Che Ta Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahirnya Yang Ke-53-“Forever Young Laa Hampaa”

by Naddy Joe
March 9, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik hantaran...

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Terkejut Ramai Netizen Meminta-Minta Wang Di Media Sosial-“Saya Dulu Dari Keluarga Susah Jugak..”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal , Datuk Alha Alfa akui merasa terkejut apabila ramai netizen yang meminta-minta wang daripadanya di...

Read moreDetails
Foto - Goyang Raya 1119 (Triple1nine)
Lokal

Kumpulan 1119 Rai Pelbagai Budaya Di Malaysia Dengan ‘Goyang Raya’

by Nurul A.
March 14, 2026

Tahun 2026 membuka tirainya dengan penuh kemeriahan. Suku pertama tahun ini menyaksikan keunikan budaya Malaysia apabila sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
Berita

Umie Aida Tampil Pertahankan Puteri Balqis-“Tolong Jangan Ganggu…”

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Datin Sri Umie Aida tampil mempertahankan pelakon, Puteri Balqis berhubung kemelutnya bersama pelakon, Mia Sara Nasuha. Kongsi Umie Aida...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ieda Moin & Rakan Selebriti Di Sisi Amyza Aznan, Netizen Sebak

by Naddy Joe
February 24, 2026

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial saat mengetahui anak sahabatnya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara