Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Alif Muhaimin Akui Hampir Putus Asa Menjadi Pelakon

by Khai Azfar
December 28, 2018
Share on Facebook

Nama-nama seperti Norman Hakim, Ashraf Sinclair, Kamal Adli mahupun Fattah Amin merupakan pelakon yang mula mencipta nama menerusi platform hero remaja suatu ketika dahulu. Tidak terkecuali buat pendatang baharu ini yang juga juara Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin.

Kehidupan Berubah 360

Jejaka yang berusia 24 tahun itu ketika ditemui murai.my berkata kehidupannya berubah dalam sekelip mata disaat diumumkan sebagai juara program realiti itu. Manakan tidak, sebelum ini dia hanyalah seorang remaja lelaki biasa yang hanya mengambil upah membasuh kereta disamping meneruskan bidang pengajiannya di sebuah universiti tempatan. Jelas Alif, dirinya dahulu tidak mengenali dunia media sosial dan hanya mengemaskini beberapa akaun miliknya pada waktu lapang, kini setelah bergelar selebriti dia mula mempelajari selok belok dunia glamor dengan ringkas.

“Sebelum ini, Alif boleh katakan kehidupan Alif berubah dalam sekelip mata. Daripada seorang remaja yang hanya berlajar dan tidak tahu bersosial di platform media kini selepas bergelar juara Hero Remaja dan pelakon, Alif harus menyesuaikan diri dengan gelaran tersebut”

Seorang Yang ‘Gila-Gila’

Jika dilihat menerusi gambar-gambar komersial nya, barang kali ramai beranggapan Alif merupakan seorang yang pendiam. Namun setelah mendekati figura ini, anda pasti tidak akan percaya kerana dia sememangya ‘happy-go-lucky’ dan peramah.

“ Tidak ramai yang tahu Alif sebenarnya seorang yang agak gila-gila apatah lagi jika dengan rakan-rakan mahupun mereka yang ‘sekepala’. Namun sejak bergelar artis, Alif faham ada kalanya sikap tersebut perlu dibataskan kerana tidak semua orang akan memahami serta senang dengan sikap tersebut”

Hampir Putus Asa Menjadi Pelakon

Imbas kembali di saat terbabit dalam drama lakonanannya kali pertama, Alif akui hampir putus asa untuk menjadi seorang pelakon. Semuanya gara-gara dia dipaksa untuk lakukan beberapa perkara oleh pihak produksi. Namun begitu. Alif mengambil pendekatan untuk mengambil perkara tersebut sebagai sesuatu yang positif serta turut mendapatkan khidmat nasihat daripada beberapa orang pelakon senior seperti Lisa Surihani, Zahirah Macwilson dan Risteena

Untuk tahun 2019, Alif bakal tampil dalam sebuah drama di sebuah stesen televisyen tempatan sebagai watak utama selain mengharapkan kariernya akan berkembang dengan lebih besar.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Alif Muhaiminhero remajaHero Remaja 2017
https://lomp.at/bbqgx
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem