Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Tak Sabar! Ini 8 Filem Superhero Yang Bakal Gegarkan Panggung Pada 2019

by Phic ARMAN
December 30, 2018
Share on Facebook

Tren filem superhero masih akan terus berterusan pada tahun depan. Ini tentu bukan hal yang menghairankan bila kita fikirkan keuntungan yang diraih filem superhero sebelum ini.

Marvel dan DC, masih menjadi pengeluar sebahagian besar filem-filem superhero tahun mendatang. Tak hanya sekuel, filem solo yang mengetengahkan watak baru, juga muncul.

Anda termasuk di kalangan peminat filem superhero? Berikut tarikh ia dikeluarkan Amerika Syarikat, sebagai gambaran waktu penayangannya nanti:

Captain Marvel (8 Mac)

Watak superhero terbaru Marvel akhirnya diperkenalkan kepada umum. Dalam filem ini Captain Marvel (Brie Larson) berjuang mengingatkan kehidupan masa lalunya sebagai Carol Danvers, sekaligus terjebak dalam perang galaksi.

Shazam! (5 April)

Setelah Batman dan Superman, kini giliran Shazam! dari DC Universe yang menunjukkan taringnya. Uniknya watak Shazam! (Zachary Levi) yang berotot dan memiliki penampilan sebagai seperti lelaki dewasa ini, asalnya adalah remaja 14 tahun bernama Billy Batson.

Hellboy

Hellboy atau Anung Un Rama (David Harbour) adalah iblis yang memiliki darah manusia. Dia memiliki misi untuk menghentikan seorang penyihir kuno yang berniat membinasakan dunia.

Avengers: End Game

Inilah filem superhero yang paling ditunggu-tunggu pada 2019. Di filem ini akan dijawab mengenai nasib dan perjuangan para pahlawan super selepas ‘jentikan maut’ Thanos di Avengers: Infinity War. Setelah diperkenalkan di filem solonya, Captain Marvel (Brie Larson) akan muncul kembali di film ini.

X-Men: Dark Phoenix (7 Jun 2019)

Filem ini akan bertumpukan pada karakter Jean Grey (Sophie Turner), yang kekuatan supernya mulai meracuni fikirannya, sehingga ia menjadi sang Dark Phoenix. Apa langkah X-Men selanjutnya?

Spider-Man: Far From Home (5 Julai 2019)

Setelah Avengers: End Game, Peter Parker (Tom Holland) kembali melompat dan menggarkan panggung menerusi Spider-Man: Far From Home. Kali ini bertemu dengan musuh bernama Mysterio (Jake Gyllenhaal).

New Mutants (2 Ogos 2019)

Yang ini, adalah filem pahlawan super dengan citarasa horor. Dalam filem ini, diceritakan lima mutan muda yang dikurung di sebuah markas rahsia. Mereka berjuang untuk lari dan menyelamatkan diri.

Joker (4 Oktober 2019)

Bila filem yang lain bertumpukan kepada tokoh superhero, tapi yang ini justru mengangkat karakter super-villain. Joker yang dibintangi aktor ternama Joaquin Phoenix ini, mengangkat kisah komedi gagal yang gila dan menjadi seorang pembunuh.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
avenger the end gamehellboyshazamspider man
https://lomp.at/1j4iy
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem