5 Sebab Kenapa Sewa ‘Service Suites’ Lebih Untung Dari Hotel Ketika Bercuti

259

Untuk memilih tempat penginapan semasa bercuti bukanlah sesuatu yang mudah. Jika pada masa dahulu orang lebih bergantung pada hotel sebagai tempat menginap, kini trend menyewa pangsapuri atau kondominium sudah menjadi trend.

Jika mahu yang lebih mewah, terdapat banyak Pangsapuri Servis, Kediaman Servis dan Suite Servis disediakan untuk di laman web perkhidmatan tempahan penginapan seperti di Subhome.

Jadi, apa yang menjadikan memilih ‘Serviced Suites’ lebih untung kepada penginap, dan faedah apa yang dapat diperoleh jika disewa lebih dari sehari?

IKLAN

Untuk mengetahui jawapannya, lihat penjelasan di bawah.

1Harga Sewa Lebih Murah

Ini jelas merupakan sebab pertama mengapa sewa ‘Serviced Suites’ lebih menguntungkan daripada hotel. Sebabnya, harga sewa ‘Serviced Suites’ biasanya lebih murah jika dibandingkan dengan sewa bilik hotel.

Harga menyewa bilik hotel 3 bintang di bandar-bandar besar sekarang sekurang-kurangnya lebih dari RM200, itupun Studio dengan saiz yang sangat kecil. Tetapi biasanya pihak hotel menghadkan jumlah tetamu yang menginap.

Sekiranya terdapat lebih dari dua orang, akan dikenakan caj tambahan dalam bentuk katil tambahan, harganya yang tidak jauh berbeza dengan harga sewa bilik hotel setiap hari.

Bagi ‘Serviced Suites’ , kebiasaannya setiap unit boleh dimasuki lebih dari 2 orang. Jika anda bawa teman-teman, boleh kongsi dan lebih jimat. Seperti salah satu ‘Serviced Suites’ oleh Subhome iaitu 188 Private Suites. Unit ini mampu memuatkan lebih 4 orang dan harga semalam serendah RM249. Sangat berbaloi!

Lebih menariknya di 188 Private Suites, terdapat unit dengan permandangan KLCC yang indah yang terletak beberapa meter saja. Kalau nak jalan kaki pun dalam 10 minit jer.

Selain itu, banyak restoran dan gerai-gerai makan, dari mahal hinggalah murah yang boleh dikunjungi di sekitar 188 Private Suites. Tepuk dada tanya selera!

2Lebih Luas Dan Selesa

Hal ini juga menjadi topik utama bagi sesetengah orang yang lebih memilih sewa ‘Serviced Suites’ daripada hotel pada saat bercuti. Lagi-lagi jika memilih percutian ke pantai peranginan, pasti kita mahukan unit yang luas untuk seisi keluarga.

‘Serviced Suites’ biasanya memiliki ruangan yang cukup luas, yang mampu menampung ramai orang. Berbeza dengan bilik hotel yang biasanya hanya berupa ruang tidur dan  bilik mandi saja. Contohnya di Timur Bay by Subhome yang terletak di Kuantan menyediakan unit yang luas dan sesuai untuk seisi keluarga.

IKLAN
Timur Bay by Subhome

Sebaliknya jika memilih hotel yang menyediakan ruangan yang cukup besar, harga sewa per harinya tentu tidaklah murah.

3Dilengkapi dengan Ruang Khas

Ketika musi perayaan, sudah pastinya adik-beradik dan saudara mara akan pulang ke kampung. Antara hal yang menjadi masalah adalah ruang di rumah menjadi terhad untuk seisi keluarga. Jadi tidak menjadi masalah sekirannya anda mengambil salah satu unit oleh Subhome yang berhampiran untuk dijadikan penginapan.

Selain mempunyai ukuran yang lebih luas, unit ‘Serviced Suites’ biasanya mempunyai ruang yang lengkap sama seperti di rumah sendiri.

Secara umum, unit ‘Serviced Suites’ dilengkapi dengan bilik tidur, bilik mandi, ruang tamu dan dapur. Beberapa jenis pangsapuri bahkan menyediakan lebih dari satu bilik tidur dan ruang tamu.

Jadi menyewa pangsapuri harian nampaknya merupakan pilihan yang cukup tepat.

4Peraturan dan Urusan Lebih Mudah

Semasa bercuti, kita pasti mahu semuanya berjalan dengan mudah dan lancar. Perkara ini sering tidak dijumpai di hotel. Peraturan yang ketat dan urusan pentadbiran yang berjela-jela menjadikan kita sering tidak selesa. Lagi-lagi ketika kita mahu mendaftar masuk atau keluar dari hotel.

Dari pengalaman kami ketika menginap di 188 Private Suites by Subhome ini, segala urusan sangat mudah dan cepat.

5Kemudahan Lebih Mewah Dari Hotel

Percutian selalunya dikaitkan dengan merayakan hari ulangtahun perkahwinan ataupun kelahiran. Jika anda merancang untuk meraikannya ketika bercuti, rangkaian unit dari Subhomes jadi pilihan tepat.

Ini kerana kemudahan, dan prasarana di ‘Serviced Suites’ oleh Subhome ini juga tidak kalah hebatnya dengan hotel bintang lima.

Kolam renang, taman permainan, gimnasium dan sebagainya kebiasaanya disediakan. Menariknya, jika anda menyewa ‘Serviced Suites’ setiap hari, anda tidak akan dikenakan bayaran tambahan untuk menggunakan kemudahan ini.

Harga sewa ‘Serviced Suites’ biasanya disertakan dengan semua kemudahan yang ada. Sementara itu, beberapa hotel mengenakan bayaran tambahan sekiranya kita ingin memanfaatkan kemudahan yang ada.

Mana nak cari ‘Serviced Suites’ yang menarik?

Di zaman teknologi dan digital ini kita dapat melakukan segala-galanya melalui internet, termasuk memilih penginapan ketika bercuti. Beberapa laman web perkhidmatan tempahan penginapan banyak tersedia. Kami cadangkan anda untuk berkunjung ke Subhome.my

Di Subhome, anda boleh mendapatkan banyak pilihan untuk ‘Serviced Suites’ murah dan mewah untuk disewakan.

Subhome adalah syarikat perhotelan yang menguruskan suite perkhidmatan mewah di lokasi-lokasi terkenal di seluruh Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Selain 188 Private Suites yang terletak berdekatan dengan KLCC, anda boleh menginap di Summer Suites (KLCC), Damen Suites (Subang Jaya), Suasana Private Suites (Iskandar Johor), Teega Suites (Nusajaya, Johor), 1 Tebrau Suites (Tebrau), Alia Damansara (Damansara), Tamarind Suites (Cyberjaya), Almas Suites, Vivo Suites (Kuala Lumpur) dan Timur Bay (Kuantan).

Suite-suite mereka menawarkan layanan sama seperti hotel-hotel mewah demi memastikan para tetamu  diberikan penginapan yang indah.

Lebih Jimat & Berbaloi Dengan ‘Platinum VIP Pass’

Kami percaya, selepas kerajaan membenarkan merentas negeri bermula 10 Jun 2020 yang lalu, ramai-ramai tercari-cari hotel yang murah bercuti bersama keluarga. Kalau nak percutian mewah tapi dengan harga yang menjimatkan, kami cadangkan untuk dapatkan ‘Platinum VIP Pass’ dari Subhome.

Dengan hanya membayar serendah RM199, pelbagai baucar dan ganjaran percuma diberikan kepada anda bernilai RM2,063. Selain untuk percutian, sebenarnya tawaran ini sangat berbaloi buat anda yang tinggal di luar bandar yang sering Kuala Lumpur atas urusan kerja. Jadi lebih jimat untuk penginapan anda untuk tempoh setahun.

Berikut baucar dan ganjaran serta diskaun yang diberikan kepada anda;

  • PERCUMA 3 (Tiga) Baucar Penginapan 2 Hari 1 Malam Bernilai RM897 
  • PERCUMA 3 (Tiga) Baucar Penginapan 2 Hari 1 Malam Bernilai (Dengan Bayaran Pembersihan) RM 747 
  • PERCUMA 3 (Tiga) Baucar Naik Taraf Bilik Kepada Suit Bernilai RM150
  • 1 (Satu) Baucar Diskaun 90% Kadar Bilik Bernilai RM269

Menarik bukan? Harus ingat! Tawaran ini hanya kepada 50 orang yang terawal, jadi tunggu apa lagi? Cepat daftar sekarang!

Syarat-syarat untuk menebus baucar dan ganjaran diskaun.

  1. Baucar sah sehingga 31/06/2021
  2. Voucher sah di semua Subhome Managed Suites yang mengambil bahagian
  3. Baucar yang hilang atau rosak tidak akan dikeluarkan semula
  4. Tempahan awal 14 (empat belas) hari diperlukan. Sila nyatakan penggunaan baucar semasa membuat tempahan. Tempahan akan dibuat melalui www.subhome.my/vippassredemption
  5. Baucar tidak boleh dipindah milik
  6. Baucar tidak boleh ditukar dengan wang tunai, produk atau perkhidmatan lain
  7. Voucher boleh digabungkan untuk memanjangkan penginapan, tetapi tidak dapat digunakan bersama dengan potongan harga dan promosi lain yang dijalankan oleh SUBHOME dari semasa ke semasa.
  8. Membatalkan penginapan anda kurang dari 14 hari sebelum ketibaan anda akan dianggap tidak hadir dan tidak akan dikembalikan.
  9. Waktu daftar masuk dan daftar keluar adalah tertakluk pada polisi penginapan individu
  10. Sila rujuk https://www.subhome.my/vippasstc untuk maklumat lengkap.

Semoga maklumat ini berguna, dan selamat bercuti!