Terdahulu, pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo berhadapan satu kontroversi besar apabila dia dikatakan telah merogol seorang gadis yang dikenali sebagai Kathryn Mayorga di sebuah hotel di Las Vegas pada 2009.

Polis Keluarkan Waran Ambil DNA CR

Terbaru, pihak polis Las Vegas telah mengeluarkan waran kepada Cristiano supaya sampel DNA diambil bagi membantu siasatan dakwaan rogol ke atasnya sebelum ini. Meskipun begitu, jelas peguam pemain bola ini waran tersebut merupakan prosedur biasa dan sebahagian daripada siasatan pihak berkuasa sahaja.

IKLAN

Cristiano Anggap ‘Isu Rogol’ Atas Kerelaan

Dalam perkembangan lain, Ronalod dikatakan masih kekal dengan pendiriannya yng menganggap apa yang berlaku sebelum ini adalah atas kerelaan kedua-dua individu. Sebelum ini, sejurus tularnya isu tersebut pihak Ronaldo pernah menghubungi wanita itu pada 2010 untuk menyelesaikan kes tersebut. Malah dia turut pernah menerima tawaran sejumlah wang daripada Ronaldo untuk ‘menutup mulut’ namun Mayorga enggan berbuat demikian.