Jika sebelum ini, media sosial digemparkan dengan tersebarnya video pemain bola sepak terkenal Zaquan Adha yang hanya memakai seluar dalam berwarna putih selain menunjukkan beberapa ‘aksi’ nakal di hadapan kamera telefon bimbitnya. Walaupun ia tidak disengajakan tersebar, namun sedikit sebanyak telah mencalarkan reputasi suami kepada Ayu Raudhah ini.
Tak hanya di Malaysia, rupanya skandal video sebegini juga menimpa pemain bola sepak seluruh dunia malah lebih teruk lagi.
Apatah lagi kebanyakan pemain bola sepak dunia ini memang diketahui memiliki gaya hidup mewah. Hal tersebut membuat mereka sangat mudah terjerat berbagai macam kes, termasuk skandal video seks.
Seperti yang pernah menjerat nama pemain bintang Tottenham Hotspurs, Dele Alli. Pemain antarabangsa England itu disebut terlibat skandal video seks di awal tahun 2018 ini.
Sebuah video seks tersebar ke dunia maya dan Dele Alli dikatakan adalah lelaki yang berada dalam video tersebut. Namun, pihak Alli pun menafikan bahawa dirinya ada di dalam video yang viral di dunia maya tersebut.
Nah, selain itu ternyata ada beberapa skandal video seks yang juga menyeret nama-nama pemain bola sepak dunia ini.
Berikut HANGAT.com merangkum 3 skandal video seks yang pernah menggemparkan arena sukan pada suatu ketika dahulu.
Trio Pemain Leicester City
Pemain Leicester City ini sempat mencoreng nama besar kelab dengan skandal video seks yang melibatkan para pemainnya. Ketiga-tiga pemain Leicester tersebut iaitu Tom Hopper, Adam Smith, dan James Pearson.
Mereka terlibat dalam skandal video seks saat The Foxes sedang mengadakan tour pra musim 2015 ke Thailand. Ketika mereka meronda-ronda di Thailand, ketiga-tiga pemain Leicester City itu malah terakam sedang melakukan pesta seks dengan para Pekerja Seks atau pelacur.
Menurut laporan Daily Mirror, video tersebut tersebar setelah salah seorang pelaku mengirimkannya kepada rakannya di England. Hingga video tersebut diketahui oleh pihak kelab, justeru ketiga-tiga pemain tersebut akhirnya dipecat serta merta dari Leicester.
Trio pemain England Rio Ferdinand, Frank Lampard, dan Kieron Dyer
Ketiga-tiga mereka pernah terlibat skandal video seks. Skandal mereka bahkan lebih menggemparkan dibandingkan kes Dele Alli. Ini kerana mereka melakukan pesta selepas pasukan kebangsaan England mengalahkan Jerman di Piala Eropa 2000.
Menurut laporan dari Daily Star, Rio Ferdinand terlibat dalam sebuah skandal video seks yang dirakam di Napa resorts di Siprus. Dalam video tersebut dia tidak sendirian, melainkan bersama dua pemain bola sepak yang lain, yakni Kiero Dyer dan Frank Lampard.
Antonio Luna dan Sergi Enrich
Pada Oktober 2016 yang lalu, dua pemain bola sepak yang bermain untuk kelab Sepanyol, Eibar juga terlibat dalam skandal video seks. Kedua-dua pemain tersebut adalah Antonio Luna dan Sergi Enrich. Mereka merakam pesta seks bersama seorang wanita dengan merahsiakan identitinya.
Menurut sport-english.com, Luna dan Enrich ini mengaku bahawa video rakaman tersebut ini awalnya sebagai koleksi peribadi saja. Namun akhirnya video tersebut beredar di dunia maya dan akhirnya viral. Atas perbuatannya itu, kedua pemain itu menyesali kesalahan dan memohon maaf secara rasmi.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.