Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Muncul Dengan Single Ke-2, Lan Solo Ajak Peminat Menari Twist!

by Phic ARMAN
January 14, 2019
Share on Facebook

Setelah berjaya dengan single pertama Berpisah Tanpa Rela, buat permulaan tahun 2019, penyanyi Lan Solo muncul dengan single kedua solo, berjudul Twist Abang Sayang ciptaan Lan sendiri sementara lirik oleh Rozi Sang Dewi.

Menariknya mengenai lagu Twist Abang Sayang ini ia berirama twist yang membawa kepada tema keriangan, kegembiraan, keseronokan bagi tahun baharu. Lagu ini juga membawa kepada aura positif yang diperlukan dalam hidup.

View this post on Instagram

A post shared by LAN SOLO • KRISTALx (@lansolo_official)

“Saya telah merancang perjalanan seni saya bagi sepanjang tahun 2019. Oleh itu, bagi memulakan pengembaraan selama setahun ini saya mulakan dengan menghadiahkan sebuah single terbaharu buat peminat.

“Lagu ini jauh daripada kebiasaan saya iaitu irama twist. Sengaja saya hadir dengan irama ini bagi membangkitkan suasana ceria dan happening di tahun baharu. Semoga aura positif ini dapat membangkitkan mood yang baik-baik sahaja buat kita semua,” ujar Lan.

Tambah Lan yang kini semakin aktif mencipta lagu, idea untuk menghasilkan Twist Abang Sayang ini adalah idea bersama team yang ingin melihat Lan Solo mencuba lagu baru yang lebih fresh dan santai serta mudah untuk diterima ramai.

“Saya mengambil masa lebih kurang dua bulan untuk menyiapkan lagu ini sepenuhnya sehinggalah ia dilancarkan pada tarikh 9119.

“Saya memilih 9119 kerana antara pilihan susunan nombor yang cantik dan mungkin ia akan memberikan susunan yang baik juga dalam perjalanan karier.

“Selain itu bersempena dengan showcase pertama saya yang juga akan diadakan pada 2 Mac 2019 di Matic Kuala Lumpur. Lagu ini juga antara salah satu langkah promosi untuk menguar-uarkan tentang showcase tersebut,”katanya.

YouTube video

Oleh itu besar harapan Lan agar lagu ini dapat diterima dan tidak dilupakan agar peminat dapat hadir untuk bersama-samanya dalam showcase Lan Solo Next Level nanti.

Video lirik bagi lagu Twist Abang Sayang ini boleh ditonton di YouTube Seventeen Eleven Music. Single terbitan Seventeen Eleven Music ini boleh didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 25 Januari 2019.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
lan solo
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  5. 5

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara