• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Selain Tengku Fahd, 5 Putera Diraja Ini Antara Terkacak Di Malaysia!

by Khai Azfar
January 16, 2019
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejurus selepas Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah selamat dimasyurkan sebagai Sultan Pahang yang baharu, adinda Tuanku Sultan, Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mu’adzam Sultan Ahmad Shah turut mencuri tumpuan. Segalanya kerana Tengku Fahd yang mempunyai iras wajah yang cukup kacak sehingga dipuji kebanyakan netizen di laman sosial.

5 Putera Diraja Yang Paling Kacak Di Malaysia

Selain Tengku Fahd, sebenarnya ramai lagi kerabat diraja Malaysia yang kacak-kacak belaka! Untuk itu, murai.my rangkumkan senarai 5 terkacak dari pengamatan kami.

Tengku Hassanal

Yang Mulia Tengku Panglima Besar, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sultan Abdullah, 23 merupakan putera sulung kepada Sultan dan Sultanah Pahang. Keperibadian baginda yang sering kali mencemar duli melawat aktiviti kemasyarakatan seperti bondanya, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah begitu disenangi rakyat jelata. Ketika ini hangat diperkatakan bahawa Tengku Hassanal besar kemungkinan akan menjadi Tengku Mahkota Pahang mengikut tradisi diraja Pahang.

Tengku Muhammad Shah

Gelagat Tengku Muhammad Shah di laman Instagram nya melambangkan adinda kepada Tengku Hassanal ini merupakan seorang yang cukup ceria dan aktif bersukan!

Yang Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah atau lebih dikenali sebagai Tengku Muhammad ini dilahirkan pada 3 Ogos 1997 merupakan putera kedua Sultan dan Sultanah Pahang.

Tunku Abdul Rahman

Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri ibni Sultan Ibrahim Ismail atau lebih dikenali sebagai Tengku Panglima Johor sering kali digambarkan sebagai the Eligible Bachelor!

Putera raja ini sentiasa menjadi ikutan rakyat mengenai keperibadiannya dan turut aktif dalam pelbagai bidang sukan termasuk sukan polo.

Raja Azlan Muzaffar Shah

Raja Azlan Muzzaffar Shah yang dikurniakan pangkat gelaran Raja Kechil Besar merupakan pewaris ketiga negeri Perak Darul Ridzuan.

Anakanda sulung kepada Sultan dan Raja Permaisuri Perak ini tular suatu ketika dahulu kerana mempunyai iras wajah yang cukup comel dan kacak saling tidak tumpah seperti baginda Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah. Raja Azlan yang diputerakan pada 14 Mac 2008 kini berusia 11 tahun.

Tengku Amir Nasser

Tidak dinafikan keluarga besar kesultanan Pahang sememangnya segak-segak belaka! Ini termasuklah putera angkat Sultan dan Sultanah Pahang yang diambil baginda berdua sebelum dikurniakan anakanda kandung,Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim Ibni Almarhum Tengku Arif Bendahara Ibrahim yang merupakan anakanda bongsu kepada Almarhum Tengku Arif Bendahara Pahang Tengku Ibrahim.

Wajahnya yang cukup kacak pernah menjadi sebutan ramai di media sosial namun begitu baginda sudah berumahtangga dan mempunyai dua orang putera yang cukup comel!

putera dirajaputera rajaputera raja kacakraja azlan muzaffar shahTengku Amir NasserTengku Fahd Mua’adzam Shah.Tengku Hassanal Ibrahim Alam ShahTengku Muhammad ShahTunku abduk rahman
https://lomp.at/jdogl
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

HotList

Kereta Nissan Skyline R34 Milik Isteri Alif Irfan Jadi Hadiah Cabutan Bertuah Paling “Gila” Tahun Ini!

by Aisy
December 11, 2025

Sosialbuzz kalini kita kupas dunia motorsport tempatan yang digemparkan dengan satu kejutan besar apabila sebuah Nissan Skyline R34, yang sebelum...

Read more
HotList

8 Tahun Kahwin, Baru Dapat ‘Proper Dinner’. Pengakuan Jujur Hafizh Syahrin Buat Ramai Tersentuh

Pelumba kebangsaan, Hafizh Syahrin Abdullah mencuri perhatian peminat apabila berkongsi momen ulang tahun perkahwinan kelapan bersama isterinya Noor Suzana Abdul...

Read more
by Aisy
December 15, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore