Nampaknya kisah kontroversi usahawan kosmetik, Safiey Ilias telah mendapat perhatian dan liputan dari media antarabangsa.

Sebuah portal berita antarabangsa berpengkalan di United Kingdom, DailyMail.uk telah melaporkan isu Safiey dipanggil Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ekoran berpenampilan seksi ketika bercuti di Pulau Langkawi, baru-baru ini.

IKLAN

Laporan itu turut menyebut Malaysia sebuah negara yang menolak amalan seperti Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT).

Malah laporan itu turut mengeluarkan kenyataan Perdana Menteri Mahathir Mohamed, sebelum ini , negara tak boleh terima golongan LGBT walaupun sekarang ia boleh dianggap sebagai hak asasi manusia di barat.