Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

[VIDEO] “Saya Tak Menggemari Dia Setiap Inci Pun”- Pengakuan Jujur Alyah Tentang Ramli MS

by Zaidin Albert
January 17, 2019
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Temu bual penyanyi Datin Alyah bersama DJ Nazz dalam segmen BegituBegini Gegar di saluran YouTube baru-baru ini telah merungkai kisah peribadi Alyah dan suaminya Datuk Ramli MS atu lebih mesra dipanggil Tok Ram.

Alyah berkata dia tidak pernah membayangkan untuk menyukai Tok Ram. Menurut Alyah, Allah telah aturkan pertemuan semula selepas kali pertama berjumpa ketika  dia menjadi penyanyi ganti di sebuah kelab dan akhrinya Tok Ram menjadi suaminya hingga sekarang.

“Saya Tak Menggemari Dia Setiap Inci Pun”

Alyah akui, sehingga kini dia masih rasa pelik kerana memang tak menggemari Tok Ram walau seinci pun namun dia percaya Allah ada perancangan yang terbaik buat pasangan ini.

“Saya memang tak menggemari setiap inci pun Tok Ram, sampai hari ini pun pelik. Tetapi saya percaya Allah ada perancangan terbaik yang saya tak tahu, saya go with the flow,” kata Alyah dalam temu bual bersama DJ Nazz dalam segmen BegituBegini Gegar di saluran YouTube baru-baru ini.

Bila ditanya bagaimana Alyah boleh menjadi isteri Tok Ram walaupun tidak menyukai pasangannya walau sedikit pun. Ini jawapannya,

“Sebab satu, bila orang kata, ‘kahwin satu pengakhiran’, lepas itu pilih pasangan anda dan itu pengakhirannya. Tapi pengalaman yang saya lalui, perkahwinan ada permulaan, di mana kita baru dapat mengenali pasangan kita sebenar-benarnya selepas kahwin. Proses mengenali itu ada turun dan naik. Saya sendiri masih dalam proses mengenali” 

Walaupun ada banyak cabaran yang harus Alyah tempuhi bersuamikan Tok Ram,  namun dia mengagumi satu perkara yang ada dalam keperibadian lelaki berusia 61 tahun itu. Istimewanya Tok Ram apabila dia boleh melayan budak kecil.

[VIDEO] Gelagat Datin Alyah Bawa Anak Bersenam, Curi Perhatian Ramai!-"Comelnya Zara"

Alyah dan Tok Ram berkahwin pada 18 Mac 2013, yakni lebih setahun sebelum insiden itu berlaku tanpa pengetahuan media dan peminat. Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi ketika itu belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
alyahDatin AlyahRamli MStok ram
https://lomp.at/q9m50
Share7Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem