Friday, June 9, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Musik

Faizal Tahir Cakap Bahasa Indonesia Menerusi Single Terbaharu ‘BISA AJA’

by Phic ARMAN
January 18, 2019
Share on Facebook

Menutup tirai 2018 dengan kejayaan single ‘Ragaman’ yang menampilkan sajian muzik berbeza sehingga video muzik rasmi ‘Ragaman’ menjadi tular dan trending #1 di laman Youtube Malaysia. Video muzik ‘Ragaman’ nyanyian penyanyi, komposer dan penerbit tersohor Faizal Tahir kini sudah mencecah lebih 15 juta tontonan sejak dimuatnaik di saluran Youtube Faizal Tahir pada 27 September 2018.

https://www.instagram.com/p/BsxJdQvBS8J/

Sebagai pembuka lembaran 2019 dan setelah mengacah peminat menerusi laman sosial medianya sejak beberapa minggu lalu, Faizal Tahir kini melancarkan single terbaharunya ‘Bisa Aja’. Gandingan trio komposer terkenal Faizal Tahir, Mike Chan dan Ezra Kong dalam ‘Bisa Aja’ ini sekali lagi mencipta sajian muzik yang segar. Gubahan muzik ‘Bisa Aja’ menyuntik elemen ‘country pop’ dan rock malah turut menampilkan petikan gitar solo oleh Faizal.

Lebih menarik lagi, apabila judul serta struktur lirik lagu ini menggunakan istilah atau slanga bahasa Indonesia. Sebagai bangsa serumpun di Nusantara ini, bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia berkongsi banyak perkataan dan istilah yang sama. Namun istilah bahasa Indonesia seperti ‘bisa aja’ dan ‘mahu bicara’ malah istilah bahasa Inggeris ‘cell phone’ lebih sinonim digunakan di negara jiran Indonesia.

https://www.instagram.com/p/Bsu7F_XhFo0/

Faizal yang memang terkenal dengan gimik dan konsep yang tersendiri, telah menyebabkan ramai peminatnya berasa hairan dengan pendekatan terbaharunya ini. Apatah lagi jika disorot laman media sosialnya, Faizal turut menimbukan pelbagai tanda tanya apabila menampilkan video dan gambarnya ketika berada di Jepun sebagai teaser lagu ini. Bagi mendapatkan kepastian tentang apa yang cuba disampaikan oleh Faizal dalam lagu ini, nantikan video muzik rasmi lagu ‘Bisa Aja’ yang dijangka akan keluar tidak lama lagi.

https://www.instagram.com/p/BspwjgzB3ob/

‘Bisa Aja’ diterbitkan oleh syarikat rakaman milik Faizal sendiri iaitu Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 18 JANUARI 2019.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER bisa ajafaizal tahirMike Chan dan Ezra KongWarner Music Malaysia
Share1Tweet1SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

VIA Google
Lokal

Neelofa Mahu Menyanyi Jika Diberi Keizinan Encik Suami, Dakwa Peminat Pasti Suka Nyanyiannya

by Puteri Alia
March 16, 2023
Fesyen

[VIDEO] Baju Siti Nurhaliza Menarik Perhatian Di Konsert, Peminat Kagum -“Cantik & Tak Ketat”

by Jash Lee
March 6, 2023
Lokal

‘Alhamdullilah’- Faizal Tahir Ajar Mualaf Lafaz Syahadah

by Haz Haan
November 29, 2022
via Instagram Faizal Tahir
Selebriti

‘Satu Slot Je Untuk Jadi Imam’ – Aksi Kucing Faizal Tahir Undang Respon Lucu Netizen

by Puteri Alia
June 27, 2022

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Masih Teruna Di Usia 57 Tahun, Kehidupan Seksual Salman Khas Didedahkan Oleh Saudaranya

  2. 2

    Anzalna & Afifah Bersuara Isu Bapa Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS

  3. 3

    Karan Johar Mahu Aishwarya Rai Ganti Kajol Untuk Filem ‘Kabhi Khushi Khabhie Gham’ Tapi…

  4. 4

    Perlekeh Pemilik Bukan ‘Supercar’, Tunku Putera Johor Tampil Beri Pesanan Buat Suami Fatin Afeefa?

  5. 5

    Gara-gara Teruk Difitnah, Aqil Zulkiflee Akhirnya Menang Saman

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan