Isu jenayah melibatkan penyanyi antarabangsa, Chris Brown bukanlah sesuatu yang baru dan mengejutkan. Ini kerana beberapa tahun yang lalu pelantun With You ini pernah ditahan atas beberapa tuduhan jenayah.
Dirogol Dalam Bilik Hotel
Terbaru, Chris sekali lagi ditahan pihak berkuasa apabila dia dituduh melakukan jenayah merogol seorang gadis berumur 24 tahun di sebuah bilik hotel di Paris pada minggu lalu. Selain Chris, dua orang lelaki dipercayai pengawal peribadinya turut ditahan bagi siasatan lanjut berkenaan tuduhan tersebut.
Menurut gadis tersebut, dia berjumpa dengan Chris pada 15 Januari yang lalu sebelum dia an beberapa gadis lain dijemput ke hotelnya. Namun begitu, tidak lama kemudian selepas berkunjung ke hotel tersebut, dia mendapati hanya dirinya bersama Chris dan pengawal peribadinya berada disitu sebelum dirogol.
Nafi Terlibat Dalam Tuduhan Rogol
Bagaimanapun, penyanyi ini telah dibebaskan tidak lama kemudian sebelum memuat naik sebuah status di laman Instagram nya.
https://www.instagram.com/p/Bs80CzIhQGT/
Menurut Chris,dia menafikan bahawa dia tidak terlibat secara langsung dalam kes jenayah itu dan gadis tersebut telah membuat tuduhan palsu yang mencemarkan nama baik dirinya dan keluarga. Adakah benar seperti yang didakwa? Mungkin kedua-duanya punyai alasan tersendiri.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.