Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Dari Pramugari Sampai Ratu Cantik, 3 Mantan Isteri Amy Search Yang Ramai Tak Tahu

by Zaidin Albert
January 23, 2019
732
KONGSIAN
Share on Facebook

Jika disebut sahaja nama Amy Search, pasti umum mengenali penyanyi rock penuh aura ini. Peminat kumpulan Search serta peminat Amy sendiri bukan berada di Malaysia saja, malah di Indonesia juga ramai yang menjadikan dirinya sebagai idola.

Setelah 16 tahun berkahwin buat kali ke-4 bersama Norish atau nama sebenarnya Norhasniza Hassan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 15, Sania Samara, 14, dan Qaqa At-Tameemi, 10 tahun.

Foto: Berita Harian

Seperti yang diketahui, Amy sebelum ini pernah gagal dalam perkahwinan sebanyak 3 kali sejak di usia muda lagi. Tapi inilah hidup, kita tidak boleh menjamin, tidak pula boleh menentukannya. Kerana semua ini sudah diatur oleh Yang Maha Kuasa.

Kami mahu kongsikan kisah 3 pernikahan Amy terdahulu yang berakhir dengan perpisahan seperti yang diambil dari wikipedia.

Faridah Fadzil

Pada usia 25 tahun, Amy telah menamatkan zaman bujangnya buat kali pertama pada tahun 1983. Perkahwinan Amy pada ketika itu tidak terdedah dengan liputan media, memandangkan pada ketika itu Search belum melahirkan album lagi. Wanita bertuah itu dikenali sebagai Faridah Fadzil dan mereka dikurniakan cahaya mata, pelakon Nabila Huda. Perkahwinan ini hanya bertahan selama 2 tahun kerana mereka bercerai pada 1985.

Noorliza Abdul Latiff

Sumber: Arkibnegara.blogspot.com

Selepas 5 tahun memegang status duda, Amy memutuskan untuk berkahwin dengan Noorliza Abdul Latiff  pada September 1990 dan ada sumber mengatakan wanita tersebut bekerja sebagai pramugari MAS. 4 tahun menjalani kehidupan suami isteri namun berakhir dengan penceraian.

Walaubagaimanapun dalam tempoh perkahwinan ini, pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata.  Difaham Noorliza pernah berlakon dan pernah muncul sebagai watak tambahan dalam filem Litar Kasih (1996).

Roslisa Ahmad

Sumber: Arkibnegara.blogspot.com

Tempoh duda Amy buat kali kedua tidak lama. Hanya lebih kurang 8 bulan selepas bercerai, Amy berkahwin pula dengan Roslisa Ahmad pada Jun 1995. Seperti yang dilaporkan oleh Arkibnegara.blogspot, Roslisa pernah bergelar Ratu Cantik di Singapura. Amy & Roslisa dikurniakan cahaya mata, Irisha Myra (lahir pada 1997), dan mereka bercerai pada 2000.

[VIDEO] Gelagat Nabila Huda Peluk Sajat, Curi Perhatian Ramai!-"Dia Menangis Dapat Jumpa Kawan-Kawan"

Wajah Irisha ada iras Nabila dan mesra dengan ahli keluarga Amy yang lain. Irisha kini menetap dengan Roslisa di Amerika Syarikat.

Pada usia 45 tahun, Amy akhirnya bertemu jodoh dengan Norish dan mereka berkahwin pada Oktober 2003. Perkahwinan kali keempat Amy terbukti utuh dan bertahan sehingga kini.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
1
+1
2
+1
2
+1
3
+1
6
amy searchFaridah Fadzilnabila hudaNoorliza Abdul LatiffRoslisa Ahmad
https://lomp.at/fvacy
Share302Tweet179SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem