Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Bakal Saman! Linda Rafar Tuntut 100 Orang Buat Permohonan Maaf

by Khai Azfar
January 29, 2019
cof

cof

Share on Facebook

Terdahulu kecoh seketika mengenai kontroversi melibatkan selebriti Linda Rafar dan seorang jururawat. Linda telah meluahkan rasa kesal di Instagram nya dengan layanan buruk seorang jururawat hanya kerana ingin meminta mereka menukarkan cadar katil ibunya di sebuah hospital. Justeru itu, jururawat tersebut telah menghantar notis tuntutan beserta permohonan maaf kepada pihak Linda.

Linda Tuntut 100 Orang Untuk Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka 

Menjelaskan lebih lanjut mengenai isu yang terjadi, Linda hari ini telah mengadakan satu sidang media khas dimana pihaknya menuntut 100 individu yang terlibat untuk membuat permohonan maaf secara terbuka. Sekiranya gagal berbuat demikian 100 orang penama ini bakal disaman bersama-sama tiga penama lain yang dinamakan pihak Linda menerusi peguamnya, Nurul Hafidzah & Associates.

“SAYA TERPAKSA MENGAMBIL TINDAKAN INI KERANA KOMEN-KOMEN YANG DIKELUARKAN OLEH LEBIH 100 INDIVIDU INI DI MEDIA SOSIAL TELAH MENGAIBKAN NAMA SAYA DAN AHLI KELUARGA. OLEH ITU PIHAK SAYA AKAN MENUNTUT 100 INDIVIDU INI UNTUK MEMOHON MAAF DAN SEKIRANYA GAGAL TINDAKAN UNDANG-UNDANG SELANJUTNYA AKAN DITERUSKAN”

Reputasi Linda Dan Keluarga Terjejas Teruk

Jelas Linda lagi kepada murai.my , dia terpaksa mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang terlibat kerana reputasi dirinya dan keluarga terjejas teruk. Lebih memilukan, dia dan keluarga terpaksa menebalkan mula untuk keluar bekerja dek kerana sesetengah masyarakat mula memandang serong kepada mereka kerana tuduhan fitnah itu. Dalam sidang media yang diadakan tadi, suami dan ahli keluarga Linda yang lain turut hadir memberi sokongan.

Topik Berkaitan Hebat! Anak Sulung Linda Rafar Dapat Keputusan Cemerlang 'Straight A' SPM

Ibu Linda, Rasimah Abdul Rahman meninggal dunia pada 11 Januari lalu akibat jangkitan kuman dipercayai kerana gigitan serangga

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Linda Rafar
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

  3. 3

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara