Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Celine Dion Dikritik Kerana Susuk Tubuhnya Kurus Seperti Mayat Hidup

by Ayden Mikhael
February 3, 2019
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Tubuh yang kurus selain wajah cengkung Celine Dion mencetus persoalan dalam kalangan penghibur tersohor dunia itu.

Kemunculan janda berusia 50 tahun itu di kota fesyen Paris bebeberapa hari lalu menyebabkan lensa kamera jurugambar serta netizen tertumpu padanya kerana wajah Dion benar-benar berbeza berbanding sebelum ini.

Di laman-laman sosial, netizen mula mempersoalkan kenapa penyanyi My Heart Will Go On itu terlalu kurus?

Apakah Dion sedang menderita sakit? Adakah dia menyedari perubahan pada dirinya? Malah ada netizen menganggap Dion seperti mayat hidup.

Persoalan dan tanda tanya ramai itu dijawab oleh penghibur kelahiran Kanada itu yang memberitahu, dia berasa sangat selesa dengan penampilan terbaharunya itu. Bahkan, Dion secara peribadi menegaskan, dia tidak mempunyai masa untuk melayan apa sahaja kritikan atau pandangan negatif mengenai personalitinya.

Barangkali, Dion tidak menyedari perubahan berlaku pada dirinya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi selepas kematian suaminya, Rene Angelil selepas bertarung dengan kanser pada 14 Januari 2016.

Dalam temu bual dengan media antarabangsa baru-baru ini, Dion berkata bahawa perubahan yang berlaku padanya atas kehendak diri sendiri bukan atas kehendak sesiapa.

“Saya lakukan (perubahan) untuk diri sendiri. Saya mahu jadi lebih yakin, cantik, feminin dan seksi,” kata Dion kepada The Sun.

Sehubungan itu, Dion enggan isu berat badannnya menjadi bahan perbincangan.

“Sekiranya saya suka, saya tidak akan bercakap mengenainya. Jangan peduli. Jangan ambil gambar. Sekiranya anda suka, saya ada di sana. Jika anda tidak suka, tinggalkan saya sendirian”, tambah Dion lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=Nw58TqFDGF4

murai.my berharap agar Celine Dion dapat menjaga kesihatan. Pada usia 50 tahun, Dion perlu menjaga pemakanan, tubuh badan serta gaya hidup. murai.my mendoakan agar kesihatan Dion senantiasa sihat wal-afiat.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
celine dion
https://lomp.at/x9lly
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem