Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Siti Sarah Berasa Kesal Kerana Ubah Susun Atur Lagu Pada AJL33?

by Ayden Mikhael
February 9, 2019
Share on Facebook

Persembahan Siti Sarah di Anugerah Juara Lagu ke 33 baru-baru ini mendapat maklum balas yang berbeza. Ada netizen berpendapat penyanyi berbakat ini dilihat trying so hard disebabkan sedikit perubahan pada arrangement lagu.

Sarah yang membawakan lagu ‘Semakin’ memberitahu dia telah berusaha melakukan yang terbaik dari setiap sudut.

View this post on Instagram

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

“Sarah dan team telah cuba untuk buat yang terbaik tapi nasib tak berapa baik. Malam final Sarah tak sihat, tekak jadi perit (mungkin over practice) dan ramai yang cakap malam tu nyanyian tidak berapa baik dan agak menjerit”, katanya di Instagram.

Isteri kepada pelawak terkenal, Shuib ini memaklumkan gubahan semula lagu telah diputuskan sejak awal lagi.

“Mungkin ini kesilapan daripada pihak kami sebab ramai yang suka arrangement asal. Tapi niat hanya satu untuk berikan yang terbaik untuk semua.

“In syaa Allah jika ada peluang lagi di AJL, Sarah dan team akan perbaiki lagi,” katanya memohon maaf.

Sementara itu, Sarah turut mengucapkan terima kasih buat pihak pengurusan, Indigital Music dan kelab penyokongnya, Hearty Sarah atas sokongan pada di AJL, Ahad lalu. Sarah turut memuatnaik rakaman video yang memaparkan dirinya ketika sesi raptai sehari sebelum bersiaran langsung.

murai.my ingin mengucapkan tahniah kepada Siti Sarah kerana sampai ke peringkat finale AJL, semoga Siti Sarah terus menyanyi lagu-lagu yang menujuk jiwa raga kepada setiap telinga yang mendengar dan jangan pernah rasa gagal!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Shuib Kelu Apabila Mendapat Soalan 'Tajam' Oleh Matin-"Kenapa Sekarang..."
siti sarah
https://lomp.at/w9ehh
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem