Tahniah! Kapsyen pada sekeping gambar di Instagram milik Nadia Brian menunjukkan pelakon wanita ini sudah dilamar.

Menerusi entri di Instagramnya, Nadia memuat gambar kekasihnya yang dikenali sebagai Mu’izz Nasruddin sedang melamarnya di hadapan Menara Eiffel, Paris.

IKLAN

“Definitely YES”, tulisnya ringkas berserta lambang cinta dan cincin.

Rata-rata pengikut Nadia gembira dengan perkongsian ini dan mendoakan agar segala perancangan pasangan ini berjalan baik.Awal tahun ini, Nadia mendedahkan jejaka yang dikenali dengan Mu’izz Nasruddin adalah kekasihnya serta menganggap ini adalah permulaan tahun baru yang indah.

murai.my mendoakan agar segala urusan perkahwinan untuk Nadia berjalan dengan lancar. Perkara yang baik, perlu dipercepatkan kan???