Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

[VIDEO] Konsert Terakhir Altimet Gamat & Altimet Wajib Digelar Lagenda Rapper!

by Ayden Mikhael
February 17, 2019
Share on Facebook

Konsert terakhir Altimet menyaksikan hampir 5000 penonton membanjiri Dewan Merdeka, PWTC, malam tadi. Menariknya, konsert berskala besar ini berjaya menampilkan 20 orang penyanyi di pentas yang sama.

Antara penyanyi yang tampil di pentas bernyanyi bersama Altimet buat kali terakhir adalah Joe Flizzow, SonaOne, Tomok, Hazama, Aman RA, Awi Rafael, Aizat Amdan, Zizi Kirana, Amir Jahari, Ila Damia dan ramai lagi.

Barisan penyanyi yang tampil juga merupakan mereka yang pernah terlibat dalam album Altimet sebelum ini. Konsert berdurasi dua jam tanpa henti ini membuktikan kehebatan Altimet yang berjaya menyanyikan kesemua lagu tanpa menampakkan mimik letih walau sedikit pun. Memang benar-benar legend rap!

Altimet yang mengumumkan untuk bersara pada November lalu membuka persembahan dengan beberapa buah lagu hits Bersamamu, Hello, Chantek dan Muda bersama rakan duet, Cuurley, Trisno, Adeep Nahar dan Kidd Santha. 

https://murai.my/wp-content/uploads/2019/02/52719037_2516862085009469_5469642371874422784_n.mp4

Dewan bertambah gamat dengan kemunculan Zizi Kirana yang anggun menyarungkan pakaian tradisional sesuai dengan lagu Pendekar Pena.

Altimet meneruskan kehangatan konsert dengan gadingan bersama rapper terkenal Joe Flizzow dan SonaOne menerusi lagu Havoc dan Sang Saka Biru. Penonton seolah-olah ‘dirasuk’ ketika di pertengahan konsert ketika penyanyi Aman RA dan Noh Salleh muncul di pentas menerusi lagu Berada dan Kotarayaku.

https://murai.my/wp-content/uploads/2019/02/52912328_2234074590137482_6489396323819716608_n.mp4

Persembahan diteruskan dengan lagu-lagu hits lain seperti Kalau Aku Kaya, Negaraku, Penghibur, Amboi, Bunga sebelum persembahan terakhir menerusi lagu Orang Biasa. Konsert terakhir Altimet dibawakan oleh Nescafe ini dianjurkan sebagai tanda hadiah dan terima kasih buat keluarga, rakan-rakan dan peminat yang menyokong beliau selama ini.

https://murai.my/wp-content/uploads/2019/02/51947584_2554016547948738_4078617836111527936_n.mp4

Terdahulu, Altimet membuat kejutan apabila mengumumkan mahu mengundurkan diri dari dunia nyanyian pada hari ulangtahun kelahirannya ke 40, November lalu. Apapun murai.my ingin ucapkan tahniah kepada Altimet, we gonna miss you!

altimet
https://lomp.at/5agap
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem