2019 mungkin tahun yang cukup gembira buat penyanyi Shila Amzah apabila dia mengumumkan kini sedang hamil anak pertama nya. Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amzah selamat diijabkabulkan dengan Haris Idraki Elias pada 19 April 2018.

Shila Umum Kehamilan 

Berita gembira itu dikongsi Shila menerusi sekeping gambar di Instagram.Menurut Shila hari ini(semalam) merupakan hari yang sangat sesuai untuk dia mengumumkan mengenai berita gembira itu. Malah dia dan suami berasa begitu bersyukur dengan rezeki yang diberi. Perkhabaran tersebut turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis dan peminat.

Alami Alahan Teruk 

Sebelum in, peminat terlebih dahulu berteka-teki mengenai kehamilan penyanyi itu apabila terdapat gambarnya bersama rakan-rakan artis memperlihatkan ‘baby bump’ nya yang jelas kelihatan.

IKLAN

Jelas Shila, dia memohon maaf kerana tidak aktif sejak kebelakangan ini kerana mengalami alahan yang begitu teruk yang menyebabkan dia kurang makan dan banyak berehat. Tahniah diucapkan buat Shila sekeluarga!

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry