Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Mengapa Norish Karman Tiada Dalam ‘Diari Ramadhan Rafique 2019’? Ini Jawapannya!

by Khai Azfar
February 20, 2019
71
KONGSIAN
Share on Facebook

Ketika ini, susur media massa hangat memperkatakan mengenai drama bersiri ramadhan popular suatu ketika dahulu Diari Ramadhan Rafique (DRR) yang dikatakan kini bakal kembali selepas 13 tahun ditayangkan.

Peminat Teruja 

Rata-rata peminat yang mengikuti siri ini begitu teruja manakan tidak drama yang ditayangkan setiap kali musim ramadhan sekitar tahun 2006 begitu menggamit memori apatah lagi pelakon kanak-kanak yang terbabit kini sudah meningkat dewasa. Di media sosial tular mengenai gambar pelakon-pelakon DRR terkini sekaligus mengesahkan musim terbaru drama berkenaan bakal ditayangkan pada tahun ini.

Norish Karman Tampil Memberi Penjelasan 

Akan tetapi, ramai peminat tertanya mengenai salah seorang pelakon utama drama berkenaan, Norish Karman yang memegang watak sebagai Siti Zubaidah. Dalam gambar yang tular itu, ketiadaan Norish menimbulkan tanda tanya peminat sekaligus mengandaikan ketiadaan pelakon itu seperti tidak lengkap. Setelah dihujani pelbagai pertanyaan, Norish akhirnya tampil memberi kenyataan menerusi sebuah posting terbaharu di laman Instagram nya.

DRR 2019 Sebuah Telemovie 

Menurut selebriti verstail ini, dia tidak akan terbabit untuK DRR 2019 kerana untuk musim terbaharu ini jalan ceritanya lebih fokus dan berkisar kepada cucu-cucunya. Tambah Norish lagi, untuk DRR juga kali ini juga merupakan sebuah telemovie khas dan bukanlah drama bersiri seperti sebelumnya. Namun begitu, pelakon ini tidak menolak bahawa DRR akan muncul untuk drama bersiri akan datang.

https://www.instagram.com/p/BuDw3YHh-k5/

Dalam perkembangan lain, Norish dikhabarkan baru sahaja sembuh dari penyakit yang membuatkan dia ‘hilang’ seketika. Menurut Norish, sudah hampir 5 hari dia menahan sakit dipercayai kerana virus di dalam perut sehingga membuatkan dia muntah dan mengalami komplikasi lain. Norish turut mengucapkan terima kasih selain mengharapkan doa yang terbaik dari peminatnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
diari ramadan rafiquediari ramadhan rafique 2019norish karman
https://lomp.at/jjivu
Share28Tweet18SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem