Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Benar Atau Tidak? Zizan Razak Jawab Dakwaan Berkahwin Pada Tahun Ini

by Khai Azfar
February 21, 2019
Share on Facebook

Baru-baru ini, pelakon Zizan Razak telah memuat naik sebuah status di laman Instagram nya dengan bertanyakan soal perkahwinan pada peminatnya. Ekoran itu, ramai peminat berteka-teki seolah-olah pelakon yang berusia 35 tahun itu bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.

Zizan Nafi Berkahwin Dalam Masa Terdekat 

View this post on Instagram

A post shared by ZIZAN RAZAK (@zizanrazak869)

Menjelaskan lebih lanjut mengenai perihal tersebut, Zizan ketika ditemui murai.my berkata dia hanya berseloroh di Instagram selain memberitahu tidak mempunyai sebarang perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat. Jelas Zizan lagi, ketika ini dia tidak mempunyai mana-mana teman istimewa dan berkawan dengan semua orang.

“Sebenarnya itu sekadar gurauan sahaja di Instagram tidak ada kaitan dengan saya hendak berkahwin dalam masa terdekat. Buat masa ini apa yang saya boleh katakan saya tidak mempunyai teman istimewa dan berkawan dengan semua orang baik lelaki mahupun perempuan”

Enggan Terburu-Buru 

Ketika ditanya mengenai perancangan untuk berkahwin pula, Zizan tidak menafikan dia sememangnya ingin berkahwin. Enggan terburu-buru, pelakon ini lebih selesa untuk biarkan semuanya berjalan dengan tenang tanpa sebarang paksaan selain.

Malah Zizan juga serahkan semuanya pada takdir dan jodoh selain menyifatkan wanita yang bertudung dan bergaya ringkas antara ciri-ciri wanita idamannya. Zizan ditemui ketika majlis pelancaran filem Bikers Kental 2 semalam bersama pengarah dan pelakon-pelakon utama filem ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/rjlyr
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem