Seperti yang kita ketahui, istilah lesbian itu adalah hubungan yang terjalin antara perempuan dengan perempuan. Yang salah satunya berperanan sebagai lelaki dan yang satunya lagi berperanan sebagai perempuan.

Kisah percintaan antara sesama jenis, kaum lesbian juga memiliki kisah cinta sama seperti kaum heteroseksual. Kisah sedih, intimidasi dan romantis serta diwarnai dengan adegan panas akan mewarnai kisah-kisah dalam senari filem lesbian berikut ini.

IKLAN

1Black Swan (2010)

Dibintangi oleh Natalie Portman yang pernah memenangi Oscar untuk wataknya sebagai penari ballerina. Portman harus menjalani adegan seks dengan balerina saingannya, dilakonkan oleh Mila Kunis. Di filem ini, Portman berperanan sebagai Nina Sayers, penari balet anggun tapi bermasalah.

2Blue Is The Warmest Color (2013)

Blue is The Warmest Color mengisahkan Adèle seorang remaja berasal dari Perancis yang menemui titik kebebasan sejak Emma iaitu seorang pelukis memasuki hidupnya. Filem ini mengisahkan kehidupan Adèle sejak Sekolah menuju ke tahap menjadi dewasa. Adèle merupakan seorang introvert yang merasa bermasalah dengan perasaan dan identiti seksualnya selepas ditinggalkan oleh sang kekasih.

3Bound (1996)

Dua jiran wanita jatuh cinta dan cuba melarikan diri dari gangster yang ganas dengan 2 juta dolar bersamanya.

4But Im A Cheerleader (1999)

Sebuah filem mengenai seorang remaja yang dihantar pulang ke pusat rehabilitasi selepas ibubapa dan rakannya mengesyaki dia seorang lesbian.

5Carol (2015)

Mengisahkan percintaan sesama jenis antara seorang gadis muda meminati fotografi dengan seorang ibu anak satu yang cantik dan elegan.

6Jack and Diane (2012)

Film Jack and Diane mengisahkan pertemanan dua remaja perempuan yang berakhir dengan percintaan sesama jenis. Jack ( diperanankan oleh Riley Keough) dan Diane ( diperanankan oleh Juno Temple), yang mencintai satu sama lain. Salah satu dari mereka akan berubah menjadi serigala.

7Pariah (2011)

IKLAN

Pariah bercerita tentang Alike yang merupakan seorang gadis keturunan amerika afrika yang berumur 17 tahun. Pada suatu malam, dia keluar ke sebuah kelab dengan temannya yang secara terbuka mengakui bahawa dirinya adalah lesbian. Wanita itu bernama laura. Alike akhirnya menyedari tentang identitinya sendiri sebagai seorang lesbian.