Tuesday, February 7, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Gossip

Drama Band Tiada Niat Mengaibkan Haneesya Hanee & Haqiem Rusli!

by Ayden Mikhael
February 23, 2019
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak melancarkan muzik video lagu “Drama” pada 15 Februari lalu, kumpulan penyanyi Drama Band diserang bertubi-tubi oleh netizen yang mempertikai jalan cerita dipaparkan seperti mempersenda beberapa selebriti yang pernah berdepan kontroversi.

Muzik video itu mendapat perhatian bekas juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee dan penyanyi, Haqiem Rusli mengakui, terkesan dengan babak dipaparkan.

Malah, segelintir netizen mengecam tindakan kumpulan itu yang disifatkan seperti sengaja menangguk di air keruh untuk meraih publisiti murahan dengan menggunakan kontroversi artis lain.

Aepul berkata, walaupun mendapat pelbagai maklum balas, mereka tetap bersyukur kerana lagu itu menerima sambutan positif peminat di YouTube.

“Biarpun dikecam, ramai yang memberikan komen, mereka suka dengan lagu itu. Tidak kurang yang menyifatkan, mesej lagu kami menarik, cuma tidak selesa dengan konsep muzik video. Tidak mengapa, kami terbuka dengan kritikan

“Kalau ada yang terasa hati, kami minta maaf,” kata vokalis kumpulan Drama Band, Aepul.

Katanya, kumpulan itu tidak berniat menyindir mana-mana selebriti sekaligus memberitahu jalan cerita adalah rekaan semata-mata.

“Niat kami hanya untuk menyampaikan cerita, namun peminat beranggapan ia berkait rapat dengan kontroversi yang pernah melanda industri hiburan.

“Kami tahu ramai yang kurang senang dengan paparan dalam klip video ini. Saya ingin tegaskan lagi, kami tidak menggunakan isu kontroversi sebagai modal untuk mempromosikan lagu ini”, Kata Aepul kepada BH Online.

https://www.youtube.com/watch?v=pLK0TY4w-uM

Tambah Aepul, muzik video berkenaan datang dengan mesej tersendiri jika difahami dengan betul.

“Ia dapat dilihat menerusi karakter badut yang cuba menutup keburukan dengan menggunakan watak sensasi di sekelilingnya.

“Orang tidak sedar keburukannya kerana terlalu memberi fokus kepada isu panas yang diperkatakan. Masyarakat tidak nampak peranan badut itu yang cuba mengelirukan kerana lebih tertumpu kepada kisah sensasi”, tambah Aepul lagi.

Sebelum ini, Drama Band ada memuatnaik kapsyen memberitahu jalan cerita dalam muzik video ini adalah secara kebetulan sahaja. murai.my berharap agar netizen jangan terlalu cepat melatah, tetapi kaji selidik dahulu apa yang cuba disampaikan dalam musik video tersebut.

murai.my mendoakan agar Drama Band akan terus maju jaya dalam karier mereka di tanah air. Banyakkan lagi lagu-lagu yang boleh jadi viral seperti lagu Drama ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: drama bandhaneesya haneehaqiem rusli
Share5Tweet3SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Shila Amzah Sebut “Bercerai” Dalam Kapsyen Dikecam Netizen, Peminat Balas- “Ikut Dia Lah, IG Dia”
Lokal

Shila Amzah Sebut “Bercerai” Dalam Kapsyen Dikecam Netizen, Peminat Balas- “Ikut Dia Lah, IG Dia”

by Zaidin Albert
February 7, 2023
Putera Mateen Pakai Seragam Tentera, Peminat Cair Termasuk Isteri Ahli Politik
Indonesia

Putera Mateen Pakai Seragam Tentera, Peminat Cair Termasuk Isteri Ahli Politik

by Phic ARMAN
February 7, 2023
Fasha Sandha Dikritik Netizen Selepas Kongsi Video Bersenam?-“Ingatkan Dah Pakai Tudung…”
Gossip

Fasha Sandha Dikritik Netizen Selepas Kongsi Video Bersenam?-“Ingatkan Dah Pakai Tudung…”

by Naddy Joe
February 7, 2023
Netizen Keliru Tengok ‘Muka Baru’ Madonna Di Grammy 2023. Ubah Banyak Sangat Ke?
missmurai

Netizen Keliru Tengok ‘Muka Baru’ Madonna Di Grammy 2023. Ubah Banyak Sangat Ke?

by Lisa Ghani
February 7, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

  2. 2

    [VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”

  3. 3

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  4. 4

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  5. 5

    Janna Nick Puji Fikry Ibrahim- “Sanggup Tolak Semua Job-Job Sebab…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan