Tahniah diucapkan kepada Nabil Ahmad yang bakal menimang cahaya mata ketiga selepas isterinya, Zira Ayub kini disahkan hamil tujuh bulan. Pada kehamilan kali ini, Nabil sangat mengidamkan bayi lelaki pula.

IKLAN

“Doktor belum beritahu jantina anak ketiga ini kerana saya mahu ia dirahsiakan sebagai kejutan nanti. Memang saya berasa debaran menanti detik kelahiran kali ini kerana sangat berharap dapat anak lelaki

“Isteri pula tidak kisah sama ada anak lelaki atau perempuan. Saya juga bersyukur anak dalam kandungan isteri juga sihat selepas menjalani pemeriksaan baru-baru ini. Sepanjang hamil, isteri tidak mengalami sebarang alahan”, kata Nabil.

Mengenai perancangan keluarga pula, Nabil berhasrat untuk memiliki empat cahaya mata sekaligus melengkapkan keluarganya. Malah dengan pertambahan anak, Nabil menegaskan beliau perlu berkerja lebih keras.

“Bila ahli keluarga bertambah, saya berasa bimbang juga kerana kos hidup yang semakin meningkat. Justeru, saya perlu bekerja lebih keras lagi untuk memberi pendidikan yang terbaik buat anak,” tambah Nabil.

Untuk pengetahun kini Nabil sudah mempunyai dua cahaya mata, dimana anak perempuan pertama diberi nama Naira Mikayla berusia 7 tahun dan anak perempuan kedua, Leyla Medyna berusia 4 tahun.

murai.my mendoakan agar segala urusan untuk kelahiran ketiga dipermudahkan urusan dan semoga anak yang akan lahir ini sihat wal-afiat, in shaa Allah.