Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Zulin Aziz Naik Hantu Kerana Gambar Beliau Disalah Gunakan!

by Ayden Mikhael
February 24, 2019
Share on Facebook

Pengacara serta pelakon Zulin Aziz naik hantu apabila segelintir individu menggunakan wajahnya di kotak produk kurus mereka bagi tujuan promosi dengan tanpa izin dari Zulin.

Menerusi laman Instagram beliau, Zulin berjaya menghubungi individu berkenaan seterusnya memberi amaran terakhir.

“Saya tahu nak cakap macam mana lagi. Tolonglah peniaga di luar sana. Berniagalah dengan jujur. Banyak kali dah saya kena macam ini terlalu banyak kali ambil kesempatan.

“Ambil keuntungan pakai muka saya tanpa kebenaran, tanpa saya pernah ambil pun produk tersebut. Lepastu awak tipu orang beritahu berat saya dari 98 kg turun ke 78 kg. Seumur hidup saya, berat tak pernah cecah angka itu,” tulisnya di laman Instagram.

https://www.instagram.com/p/BuL3kZElIc6/

Zulin menegaskan beliau juga sama seperti individu lain yang ada tahap kesabarannya dan dalam masa sama memberi peringatan terakhir kepada pihak terbabit.

“Bukan saya saja tetapi sesiapa je kat luar sana tu, tolonglah. Tak apalah, untuk individu berkenaan kita jumpa di Mahkamah,” tambah Zulin lagi DENGAN TEGAS.

Ini bukan kes pertama yang melibatkan namanya dikaitkan dengan testimoni ubat kurus yang tidak pernah digunakannya. Tambah Zulin, sebelum ini beliau cuma berdiam diri sahaja melihat aksi peniaga tidak beretika tersebut yang mengambil kesempatan terhadap gambar yang salah digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertangungjawab.

“Sudah empat produk kurus yang menggunakan gambar saya sebagai testimoni. Selagi tak saman betul-betul, semua orang ambil kesempatan,” tegasnya lagi.

murai.my berharap agar individu yang terbabit cepat-cepat mengambil tindakan untuk memadamkan segala gambar-gambar yang berkaitan dengan Zulin agar tindakan undang-undang tidak dikenakan. Jangan menyesal di kemudian hari sudah!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
"Jangan Masuk Campur Sampai Kita Pula..."-Zulin Aziz Tuju Pada Siapa?
zulin aziz
https://lomp.at/q9wpr
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem