Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Lihat Komen Siti Nurhaliza Apabila Peminat Geram Tidak Dapat Hadiri Konsert!

by Khai Azfar
February 25, 2019
Share on Facebook

Selepas konsert nya di Indonesia melabuhkan tirai dengan jayanya, kini tibalah giliran Singapura dan tanah air tercinta menjadi lokasi konsert seterusnya buat penyanyi kesayangan ramai, Dato Sri Siti Nurhaliza.

Lebih 3,000 Peminat Indonesia Hadiri Konsert 

Konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour yang akan menemui peminat di Singapura pada 2 Mac dan 16 Mac di Kuala Lumpur, ternyata ramai peminat begitu teruja untuk menonton persembahan Siti apatah lagi penangan konsert di Indonesia benar-benar mengagumkan!

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Terdahulu, menurut sumber Konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour yang dibawakan oleh Shiraz Projects di Indonesia telah dihadiri lebih 3,000 penonton termasuk beberapa artis terkenal Indonesia seperti Datuk Seri Rossa, Baim Wong dan Lesti.

Tiket ‘Sold Out’ 

Dalam perkembangan lain, mengikuti perkembangan konsert tersebut, rata-rata peminat yang sudah mendapatkan tiket sudah tidak sabar menunggu detiknya 16 Mac ini. Apatah lagi kesemua tiket di Stadium Axiata sudah habis dijual. Sebagai rekod, stadium itu mampu memuatkan hampir 10,000 ribu orang dalam satu masa.

Peminat Hampa Tidak Dapat Cuti 

Malah peminat turut berkongsi pelbagai khabar bersama penyanyi itu menerusi laman sosialnya termasuklah satu status hampa peminat penyanyi Anta Permana ini. Menerusi perkongsian tersebut, peminatnya itu berasa hampa kerana tidak mendapat kelulusan cuti untuk ke konsert penyanyi itu. Siti yang menyedari akan perkongsian tersebut turut membalas sambil berseloroh dengan menyuruh peminatnya itu mengajak majikannya untuk bersama-sama ke konsert yang akan diadakan kelak.

Perkongsian tersebut turut mendapat lebih dari 1500 tanda suka di Twitter. Comel bukan cara Siti membalasnya? Kami pasti 16 Mac ini pasti akan melakar satu sejarah baru buat Siti!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Krisdayanti & Keluarga Bertandang Ke Rumah, Gelagat Afwa Buat Netizen Terhibur!
datuk seri siti nurhalizakonsert siti nurhaliza
https://lomp.at/ko59x
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem