Lagu-lagunya seperti Welcome To The Black Parade, Helena dan banyak lagi antara lagu siulan anak muda sekitar tahun 2000-an. Lagu tersebut antara yang melonjakkan nama kumpulan My Chemical Romance (MCR) yang dianggotai Gerard Way, Frank Iero, Mikey Way, Ray Toro, Bob Bryar, Matt Pelissier, James Dewees, Jarrod Alexander dan Pete Parada. Selepas ditubuhkan pada 2001, kumpulan ini mengejutkan peminat apabila mengumumkan pengunduran mereka pada tahun 2013.

Semakin Berisi 

Meskipun sudah lama berundur, kumpulan ini masih terus diingati terutamanya vokalis MCR ,Gerard. Manakan tidak, Gerard dikatakan antara pencetus semula fesyen gothic yang sering kali digayakan anak muda seluruh dunia.

IKLAN

Kini selepas, beberapa tahun Gerard menjadi sebutan ramai semula apabila wajah terkininya kelihatan cukup berbeza. Jika dahulu dia tampil dengan susuk tubuh yang agak kurus, siapa sangka Gerard kini semakin berisi! Malah dia turut berambut panjang berbanding dahulu yang menggayakan rambut pendek dan kemas.

Jadi Penulis Komik 

Selain penampilannya, peminat juga teruja apabila mendapat tahu Gerard merupakan penulis dan cetusan idea komik The Umbrella Academy yang kini hangat ditayangkan di Netflix.

Sebelum ini, Gerard turut dikenali sebagai penulis dan menghabiskan masanya berkarya untuk DC Comics. Selain The Umbrella Academy, antara siri popular cetusan Gerard adalah Doom Patrol.