Beberapa hari yang lalu, usahawan selebriti terkenal Dato Seri Aliff Syukri Kamaruzzaman telah memuatnaik sebuah video di Instagram nya. Dalam posting tersebut, Aliff berkongsi mengenai keadaan bapanya yang sedang sakit dipercayai akibat serangan jantung tahap tiga dan paru-paru berair.

Bapa Datang Ke Rumah Mengadu Sakit 

Menurut Aliff, dia berasa sedih melihat keadaan bapanya yang menahan sakit selama hampir dua minggu di kampung tanpa memberitahu anak-anaknya.

IKLAN

Malah lebih memilukan, bapa kesayangannya itu telah berkunjung ke rumahnya dalam keadaan sedemikian barangkali kerana sudah tidak dapat tahan menahan sakit.

” Ya Allah….abah saya datang ke rumah kelmarin cakap sesak nafas dah hampir 2 minggu di kampung… .. tak telefon tak apa terus dia datang…..lepas hantar ke hospital Doktor cakap abah saya kena serangan jantung stage 3 dan Paru-paru penuh air….doakan segala nya dipermudahkan dan abah saya kembali sihat dah 2 minggu sakit katanya tapi dia kata ingat biasa-biasa je.dia kalau boleh memang tak nak susahkan anak tapi kadang-kadang sikap dia itu membahayakan nyawa.”

Bapa Meninggal Dunia 

Namun begitu, malam tadi satu perkhabaran sedih menyusuli posting berkenaan. Menurut Aliff yang diwakili setiausaha nya telah memaklumkan bahawa bapa usahawan itu telah kembali ke rahmatullah malam tadi.

Jelas Aliff lagi, dia begitu sedih dengan pemergian bapa tercinta kerana menganggap masih belum puas untuk membalas jasa bapanya itu. Dalam perkongsian berkenaan, dia turut menjemput semua kenalan dan pengikutnya untuk bersama-sama mendirikan solat jenazah p