Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Hiba! 8 Gambar Asli Situasi Kapal Titanic Sebelum Difilemkan

by Khai Azfar
February 28, 2019
32
KONGSIAN
Share on Facebook

Bercakap mengenai Titanic sudah pasti bayangan Kapal mewah bersaiz mega itu bermain di fikiran sebelum ianya terbelah dua dan tenggelam di dasar lautan.

Gambar Asli Tragedi Titanic 

Mengimbas kembali mengenai sejarah Titanic yang turut diangkat menjadi filem, pada 10 April 1912 Titanic memulakan perjalannnya ke New York dari Southampton, England. Seperti yang ramai tahu, pada malam 14 April seluruh krew kapal dan penumpang dikejutkan dengan Titanic yang melanggar bongkah ais di lautan. Krew kapal itu terkejut kerana mesej amaran yang dihantar oleh mereka kepada kapten kapal tidak diterima.

Anda mungkin sudah menonton dan melihat beberapa adegan yang dilakonkan semula menerusi filem terkenal arahan James Cameron itu namun tidak gambar-gambar in bukan? Gambar-gambar sekitar situasi perlanggaran Kapal Titanic ini berjaya diambil dahulu oleh jurugambar yang turut sama dalam adegan menyelamat itu.

Pengemudi Titanic

Kapten Titanic Edward J. Smith (Disebelah kanan) dan superintendent Hugh Walter McElroy bergambar di atas dek Titanic.

Molly

Gambar sebenar Margaret Brown atau juga dikenali sebagi Molly merupakan penumpang kelas pertama Titanic. Terkenal sebagai seseorang yang lantang bersuara dan kaya.

Punca Tenggelam

Salah satu gambar terpenting! Iceberg atau bongkah ini merupakan punca mengapa Titanic tenggelam. Gambar ini telah diambil oleh jurugambar rasmi kapal, Prinz Adalbert, pada pagi 15 April beberapa kilometer dari tempat kapal itu pecah dan tenggelam.

The Last Survivor

Mungkin gambar ini hanya sekadar paparan biasa. Namun inilah bot terakhir yang berjaya menyelamatkan penumpang dan mereka di dalamnya sempat melihat kapal tersebut tenggelam.

Antara Yang Terselamat

Stuart Collett merupakan salah seorang yang terselamat. Seramai 1,517 penumpang dilaporkan mati dalam tragedi itu.

Menunggu Ahli Keluarga Yang Terselamat

Bayangkan ketika itu, suasana yang menunggu khabar berita sama ada ahli keluarga mahupun kenalan yang berada dalam Titanic selamat ataupun terkorban dalam tragedi itu.

Majlis Pengebumian

Sekitar majlis pengebumian yang diadakan di Seamen’s Church Institute, New York.

Tugu Peringatan Pasangan Straus

Masihkah anda mengingati adegan dimana terdapat satu pasangan suami isteri yang enggan diselamatkan dan nekad untuk mati berpelukan bersama-sama? Itulah Isidor dan Ida Straus. Sebuah tugu khas turut dibina bagi memperingati kesetiaan pasangan ini sehidup semati.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
gambar titanigambar titanictitanic
https://lomp.at/4oxnw
Share13Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem