Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

6 Babak Dalam Filem Bohemian Rhapsody Ini Bercanggah Dengan Realiti Kehidupan Freddie Mercury

by Phic ARMAN
February 28, 2019
83
KONGSIAN
Share on Facebook

Mungkin artikel ini agak terlewat untuk dikeluarkan, lagi-lagi filem ini sudah pun menang besar dalam Oscar 2019.  Kerana penulis baru saja menonton filem Bohemian Rhapsody dan menyelami kisah kehidupan sebenar mendiang legenda rock dunia Freddie Mercury dari berbagai sumber.

https://www.youtube.com/watch?v=iy4GL6RtVOk

Kesimpulannya, Bohemian Rhapsody bukanlah filem yang akan membawa penonton menyelami kehidupan realiti di sebalik pentas Freddie Mercury, tapi hanya cukup menceritakan sebahagian apa yang terjadi dengan vokalis dan Queen ini.

Filem Bohemian Rhapsody juga tak sepenuhnya sama dengan cerita sebenarnya, ini kerana sudah tentu dalam filem, tak semua boleh diceritakan dan tak semua dituturkan sesuai kejadian sebenarnya. Selalunya ada penyesuaian-penyesuaian lain yang dipertimbangkan oleh jangkauan demografi penonton, dan sebagainya.

Seperti yang dipetik dari ScreenRant, berikut ini beberapa hal yang diketahui tidak terjadi dalam kehidupan Queen sebenarnya.

1. Fakta Tertubuhnya Queen Tidak Sama Dalam Filem

8th September 1976, foro: People

Dalam filem, Freddie bertemu dengan rakan-rakan band-nya setelah menonton penampilan Smile. Dia mencuri perhatian Brian May dan Roger Taylor dengan suaranya yang unik, lalu diterima sebagai vokalis band tersebut.

Menurut beberapa sumber, saat Freddie Mercury muda, dia sudah mengenali rakan-rakannya sebelum menubuhkan kumpulan band. Freddie pernah tinggal bersama May, Taylor, dan Staffel suatu waktu. Mereka juga pernah ikut bersama Freddie dan Ibex, band Freddie Mercury sebelum bersama Queen, pada penampilan di Liverpool tahun 1969. Jadi, Freddie tidak tiba-tiba menggantikan posisi Staffell.

2. Pertemuan Dengan Mary Austin Bukannya Selepas Pertunjukkan Smile

Di dalam filem Freddie bertemu dengan Mary Austin selepas pertunjukan Smile, sebelum dirinya bertemu dengan Brian dan Roger. Setelah pertemuan tersebut dikisahkan Freddie dan Mary menjadi semakin dekat hingga sempat bertunang.

Faktanya, Freddie bertemu dengan Mary saat dirinya bekerja sebagai jurujual di sebuah butik pakaian. Menurut sebuah buku yang berjudul “Is This the Real Life?: The Untold Story of Queen”, hubungan mereka mengambil masa 6 bulan hingga pada akhirnya Freddie mengajak Mary untuk dating.

3. Freddie Mercury Tak Pernah Ungkap Seksualitinya

Filem ini memang cukup menggambarkan bahawa Freddie merasa dirinya adalah seorang biseksual. Namun Mary Austin menyatakan, menerusi dialognya, bahawa Freddie adalah gay.

Paul Prenter dan Jim Hutton diceritakan sebagai pasangan sesama jenis Freddie. Vokalis Queen ini bahkan digambarkan memperkenalkan Jim Hutton sebagai pasangannya kepada kedua ibubapanya.

Foto Kebersamaan Freddy dan Jim. Foto: www.artfido.com

Namun, Freddie khabarnya tak pernah melakukan itu. Ketika ditanya siapa Jim Hutton, Freddie bahkan menjawab bahawa lelaki itu adalah tukang kebunnya.

Dalam filem, Freddie bertemu pertama kali dengan Jim setelah melangsungkan sebuah pesta di rumahnya. Realitinya, Freddie bertemu dengan Jim di sebuah bar di kota London.

4. Queen Tak Pernah Bubar

Para anggota Queen memang mengiyakan bahawa mereka kerap tak setuju dengan keputusan Paul Prenter untuk band mereka. Namun, Prenter tidak membuat Queen pecah, faktanya, Queen memang tidak pernah bubar. Mereka hanya agak redup dan fokus pada karier solo.

YouTube video

Freddie juga, dalam kenyataannya, baru memecat Paul Prenter pada 1986, setahun setelah penampilan di konsert Live Aid. Jika dalam filem, Prenter diceritakan membongkar informasi peribadi Freddie dalam wawancara TV, namun sebenarnya dia membocorkannya kepada tabloid The Sun. Jadi jalan ceritanya sudah bertukar.

5. Mike Myers, Watak Dibuat-buat 

Karakter yang diperanankan Ray Foster ini khabarnya tak wujud. Diceritakan sebagai bos di label rakaman EMI yang tak menyukai lagu Bohemian Rhapsody, beberapa info menyebut, Myers hanya karakter yang dibuat untuk mewakili banyak pihak yang menolak mahakarya Queen tersebut.

6. Tak Pernah Dedahkan Dijangkiti AIDS 

Di filem, konsert Live Aid ini menjadi comeback Queen setelah diceritakan ‘terbelah’, kerana Freddie berkarier solo. Konsert ini juga jadi makin mengharukan, kerana terjadi selepas pengakuan Freddie kepada teman-temannya soal penyakit AIDS yang dideritanya.

Video terakhir Freddie Mercury

https://www.youtube.com/watch?v=uazC2IdI8rw

Faktanya, dari berbagai sumber, Freddie didiagnosiskan AIDS pada 1987, dua tahun setelah acara Live Aid. Pada tanggal 23 November 1991, sehari sebelum hari kematiannya, akhirnya Freddy menyampaikan pada semua orang melalui media massa bahawa dirinya memang dijangkiti virus AIDS dan telah berjuang untuk melawan penyakitnya tersebut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/hkfdd
Share33Tweet21SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem