Beberapa hari lepas industri hiburan sarat dengan kontroversi melibatkan kes rumah tangga, saman dan sebagainya. Terbaharu, jutawan kosmetik Safiey Illias sekali lagi muncul menerusi aplikasi LIVE di instagram dengan membuat kejutan baru iaitu dengan menyelak pakaian beliau sambil menunjukkan bentuk badan beliau yang seksi.

Bagaimanapun, ramai juga netizen kelihatannya mempersoalkan tindakan Safiey kerana dilihat begitu bangga dengan ‘aset’ yang beliau miliki. Sedangkan ‘aset’ tersebut adalah body made in surgery.

IKLAN

Malah, ada juga yang mempertikaikan surgery yang dilakukan oleh usahawan ini hanyalah sia-sia memandangkan bentuk dan kedudukan dada Safiey kelihatan fake dan pelik.

Selain dikecam kerana menayang bentuk badannya menerusi instagram LIVE, Safiey juga sempat memberitahu followers beliau tentang keadaan mukanya yang sedikit membengkak akibat menjalani rawatan laser.

murai.my berharap agar Safiey menjadi diri sendiri dan tidak hipokrit. Semoga Safiey juga mendapat hidayah dari-Nya untuk menjadi insan yang lebih berguna, in shaa Allah.