Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Punca Izzue Islam Keluar Forteen Kerana Grup Baru The Novic Gypsy?

by Ayden Mikhael
March 3, 2019
Share on Facebook

Penyanyi Izzue Islam menjelaskan penubuhan kumpulan The Novic Gypsy bukanlah alasan sebenar dia meninggakan Forteen.

YouTube video

Nekad keluar dari Forteen sejak November tahun lalu, Izzue yang ditemui baru-baru ini menafikan khabar angin berkenaan.

“Ada kritikan mengatakan alasan sebenar saya keluar Forteen kerana mahu menubuhkan kumpulan The Novic Gypsy. Percayalah…semua ini tidak dirancang.

“Saya menubuhkan kumpulan ini bukan disebabkan saya tidak lagi bersama Forteen. Awalnya, sewaktu proses menghasilkan lagu Kau untuk filem XX Ray 3, saya telah bekerjasama dengan produser lagu Kau.

“Dari situ timbul idea kenapa tidak kami bersatu jadikan sebuah projek band. Saya tekankan di sini, kumpulan ini hanya berdasarkan projek sahaja. Jika lagu Kau mendapat penerimaan baik, kami akan teruskan projek seterusnya pada masa akan datang,” kata Izzue.

https://www.instagram.com/p/BuVhgauFbw4/

The Novic Gypsy turut dianggotai oleh Josef Khan dan Adam Amrin. Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan memberitahu setakat ini dia menerima respon positif daripada pendengar.

“Buat masa ini pendengar suka gabungan kami cuma untuk pelan jangka masa panjang, susah saya nak ramalkan. Kalau ada rezeki, kami akan hasilkan projek seterusnya,” Tambah Izzue lagi.

Izzue membuat kejutan selepas mengumumkan pengundurannya daripada Forteen pada 18 November lalu. Selepas Izzue mengundur diri, Forteen kini dianggotai oleh One, Ariz Lufias dan Ameerais.

Izzue sebelum ini juga memberitahu punca dia menarik diri kerana sudah tidak ada persefahaman. murai.my mendoakan agar Izzue terus melakar serra berjaya sebagai anak seni dan semoga rezeki mencurah-curah, in shaa Allah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
izzue islamThe Novic Gypsy
https://lomp.at/j5zmd
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem