Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Altimet Dengan Single Terbaru Duet Bersama Zizi Kirana

by Phic ARMAN
March 4, 2019
Share on Facebook

Selepas mengukir kejayaan menerusi konsert terakhir beliau iaitu ‘The Last Altimet Show’ yang dihadiri lebih dari 4000 penonton pada Februari lalu, penyanyi rap terkenal tempatan, Altimet bakal muncul dengan single terbaru berduet bersama penyanyi sensasi Zizi Kirana yang berjudul ‘Pendekar Pena’.

‘Pendekar Pena’ merupakan single kedua yang dilancarkan Altimet untuk album terakhir beliau ‘O’ yang telah dipasarkan sejak Disember tahun lalu. Antara komposer yang terlibat di sebalik pembikinan lagu ini ialah DJ Biggie, Faliq Auri, Kidd Santhe, Adeep dan Altimet sendiri.

Berbicara mengenai kisah di sebalik lagu ini yang mempunyai maksud dan bahasa yang mendalam, kata Altimet, lagu ini adalah berkisarkan tentang seorang Rapper.

“Lagu ‘Pendekar Pena’ mengisahkan tentang seseorang yang suka ‘menunjuk’ kemampuan yang ada pada diri mereka. Rapper biasanya akan bercakap tentang betapa bagusnya diri mereka ketika menyanyikan bait-bait kata lirik lagu rap. Jadi ia merupakan satu kemestian bagi saya untuk menghasilkan lagu ini. Tetapi saya lakukan dalam prosa Melayu klasik sebagai ‘twist'”, jelas Altimet.

Pemilihan penyanyi dan rapper sensasi, Zizi Kirana sebagai rakan duet pula adalah kerana beliau sudah lama mengenali penyanyi itu.

View this post on Instagram

A post shared by Altimet (@altimet)

“Zizi dapat menyanyikan lagu asli dengan baik. Pada masa yang sama dia juga turut dikenali sebagai seorang rapper wanita. Jadi pada saya Zizi merupakan pilhan yang paling ideal untuk kolaborasi ini”, ujarnya.

Manakala video lirik rasmi ‘Pendekar Pena’ yang membawa konsep klasik dan menggunakan font klasik ini arahan Abidin Azizi dan Hafiz Mohtar daripada Schizomotion Media and Art dan terbitan oleh Warner Music Malaysia.

Single ‘Pendekar Pena’ merupakan terbitan Altimet Holdings Sdn Bhd dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 21 Disember 2018 manakala video lirik rasmi “Pendekar Pena’ boleh ditonton dia Youtube Warner Music Malaysia bermula hari ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
altimetzizi kirana
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  2. 2

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara