Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

[VIDEO] Marsha Milan Gagal Menahan Sebak Sewaktu Lancar Lagu Bimbang

by Khai Azfar
March 5, 2019
Share on Facebook

Karier seni nya bermula setelah menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ketiga dan turut menduduk tangga keempat dalam programitu. Kini Marsha Milan Londoh atau lebih dikenali sebagai Marsha Milan antara penyanyi yang berjaya selain kini mempunyai 13 buah single.

Marsha Sebak 

Terbaru, gadis kelahiran Sabah ini tampil dengan single terbaharunya berjudul Bimbang yang telah dirasmikan dalam sebuah majlis pelancaran semalam di RedBox The Garden. Namun begitu, sewaktu memberi ucapan pada majlis yang dihadiri oleh rakan-rakan media dan peminat itu, Marsha kelihatan gagal menahan perasaan sebaknya dan turut mengalirkan airmata.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Marsha ketika ditemui murai.my berkata dia berasa sebak kerana lagu Bimbang ciptaan Farouk Roman dan ditulis oleh sahabat karibnya, Amylea Azizan begitu dekat di hati dan pelbagai kesukaran telah dihadapi bagi menyiapkan single ini yang mengambil masa selama 3 bulan untuk dihasilkan.

Lagu Tersirat Pelbagai Maksud

Selain menceritakan tentang kisah kebimbangan seorang wanita atas kemunculan wanita lain, bagi Marsha juga lagu ini menceritakan tentang perjalanan kehidupannya terutama sebelum dan selepas memeluk Islam.

“Selepas lagu ini siap dirakam, saya jadi lebih sebak memandangkan saya dan pengurus saya berusaha keras demi menyiapkannya. Malah setiap bait lirik ini begitu mendalam terutamanya berkaitan dengan kehidupan saya sebelum dan selepas memeluk Islam,”

OST Nur 2 

Mengharapkan lagu ini akan diterima ramai, single Bimbang juga akan menjadi lagu tema drama rantaian Nur 2 yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Lagu edaran Seventeen Eleven Music itu kini boleh dimuat turun menerusi semua platform digital bermula hari ini

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Wajah Terpampang Di Times Square, New York! Instagram Marsha Dibanjiri Pujian Rakan Artis Dan Peminat
drama nur 2Marsha MilanNur 2
https://lomp.at/8ucjp
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem